Dek kerana kau suami kau letakkan kuasamu paling agung
Kerana kau suami kau rasa dirimu segala-galanya
Tanpa secuit pun rasa belas untuk aku
Tanpa sedikit pun rasa ehsan pada aku
.....
Masih setia di sini, melalui kehidupan bersamamu yang kugelar suami
Masih mencari-mencari dan mencari di manakah dirinya sebelum bergelar suami
Hipokritkah dia selama aku mengenali
Dan benarkah ini dirinya yang sebenar?
......
Kekuatanku adalah anakku
Kentalku kerana keluargaku
Kesetiaanku kerana kasihku
........
Bersyukur kerana aku dipilih untuk meminpinmu
Barangkali kau syurgaku
Walaupun hati acapkali kau lukai
Jiwaku selalu kau nanahi
Sampai hilang rasa kasih seperti kali pertama kau aku kenali
.......
Benar aku tak pernah ungkap kata cinta padamu
Ucapan dibibir umpama menjawab soalan darimu
Tapi kasihku padamu bergelar suami tak pernah kau hargai
.......
Penat dengan ungkit bangkitmu
Lelah dengan permainan egoismu
Letih dengan sikap tidak hormatmu
Sampai bila
Aku tak pasti
Comments