Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Ketagihan

Ketagihan yang biasa-biasa bagi seorang penulis Apa saja difikirkan mahu situlis Kerana di atas helaian itu semua dapat dicurah Curahan isi hati dan isi kepala. Aku menulis kerana aku suka Bulan mahu orang baca sangat Bukan juga mahu cari peminat Sebab menulisnya aku untuk aku Menilai kemampuan diri Dalam dunia sastera yang kian terpinggir. Ketagihan aku biasa-biasa saja Menulis langgam indah saat idea datang  Atau mahu meluahkan sesuatu yang terlintas Dan juga terpendam. Menulis bagiku satu terapi otak Rasa tenang aman dan damai saat Akal mula meliar mencari rangkap kata Untuk keseronokkan diri sendiri. Atau aku ketagih untuk menulis bila Kerap menulis yang fakta dan jitu Jadi bila mana dapat peluang menulis Aku bahasakan dengan bait indah Itu aku rasa Orang lain, aku tak tahu. Ketagihan biasa-biasa bagi  penulis Menulis selagi mahu menulis Walau apapun yang dicurahkan Mungkin ada tersiratt disebalik tersuratnya...

Anak

Anak adalah anugerah Allah dan juga amanah daripada Nya untuk kita sebagai ibu bapa, menjalankan tanggungjawab terhadap pemberian yang paling bermakna. Siapa tidak mahukan cahaya mata sejurus melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan? Siapa yang tidak berharap adanya bunyi tangisan seorang bayi yang memecah keheningan malam? Namun, apabila memperoleh pemberian itu, kita lupa diri sampai hilang akal yang waras dan akhirnya si kecil yang dulunya ditatang umpama minyak yang penuh menjadi tempat untuk melunaskan amarah. Betul, ada ketikanya diri ini juga tersasar saat emosi membelenggu diri. Sampai terlupa yang diluahkan rasa marah itu adalah anak yang dikandung sembilan bulan. Cuma, perasaan marah itu tidak pula berjagkit sampai menyumpah atau memukul anak tidak tentu hala. Alhamdulillah, kawalan emosi positif masih berfungsi dengan baik. Hmmm... dua perkara yang amat-amat pantang dibuat oleh ibu mahupun bapa adalah menyumpah dan membezakan antara anak-anak. Sejak dari dulu. Marahlah...

Bingkisan untuk Ruhee Ayra

Mommy tahu kadang-kadang Ruhee rindu nak ber 'breast feeding kan! Tapi Ruhee lupakah yang Ruhee sudah pun dua tahun. Bertabahlah Ruhee. huhu.... Apapun terima kasih sebab mudah untuk Ruhee melepaskan susu mommy. Tak perlu mommy bersusah-payah nak melepaskan dengan menggunakan pelbagai cara seperti asam jawa, gara., kunyit, minyak kapak dan sebagainya. Alhamdulillah.... Niat mommy untuk menyusukan Ruhee sepenuhnya dengan susu ibu berjaya. Pada 10 Oktober 2012 sampailah 10 Oktober 2014, genap dua tahun kan Ruhee. Semoga Ruhee beroleh keberkatan daripada titisan-titisan susu mommy itu. Ruhee, jerit perih sepanjang menyusukan Ruhee sepenuhnya dengan susu ibu berbaloi sebenarnya. Tak sangka, dengan angan-angan, impian akhirnya ia terlaksana. Syukur, daddy banyak memberi dorongan walaupun kadangkala bentuk dorongan yang diberikan serupa dengan paksaan hehe....  Best kan susu mommy. Suka tengok Ruhee rindu dengan susu mommy. Rengek-rengek manja nak susu mommy lagi. Tapi tak ...

Cerita Cinta Lama

Punca lahirnya kata-kata ini adalah disebabkan, jiran depan membuka lagu-lagu rock kapak kekeke Cinta lama itu penyedap Pada deretan memori kasih silam Sesekali terimbas kembali Terus bibir mengukir senyuman Itu pun kalau cinta itu mula-akhirnya indah. Jika menyakitkan? Tubir mata menjadi empangan Lalu menitik satu demi satu titisan jernih Yang setiap darinyamembawa satu persatu Babak sedih percintaan. Itulah cinta dan kehidupan Berpisah tiada  Kerna keduanya saling memerlukan. Cerita lama adalah kenangan Cerita lama juga adalah pedoman... azlinbh/131014

Saloma Biopic (sudut pandang)

Menonton sendiri Saloma Biopic di saluran stesen berbayar, Astro memberi ruang kepada saya untuk menilai sendiri filem garapan anak buah biduanita negara Saloma iaitu Melissa Saila mengenai kisah ibu saudaranya mengikut perspektif ibunya iaitu kakak kepada Saloma, Mariani.  Jika bercerita tentang pemilihan watak, lakonan Nabila Huda sebagai Saloma amat membanggakan. Gaya lenggok yang hampir sama, perwatakkan yang penuh mendalam umpama Saloma hidup di alam nyata.  Syabas, kerana sebagai pelakon, pada saya Nabila 'belajar' untuk 'menjadi Saloma'. Watak-watak lain juga tidak kurang hebatnya, Tony Yusof sebagai P Ramlee dan Azhan Rani sebagai AR Tompel, memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Barangkali mereka acapkali berlakon teater dan menjadi 'biasa' untuk membawa watak lagenda. Mempunyai dua episod iaitu Mencari Guruh dan pandang Kasih benar-benar menceritakan kisah disebalik kejayaan Saloma pada eranya. Kupasan kisah hidupnya dari kecil bersama Mar...

Bosan

Bosan Asyik baca novel popular Yang tak beri ruang untuk  Berfikir dalam sindir Menyengih dalam sinis Kisah Afdhal dan Hani  Si gila dah selesai Lepas ini cuba cari Kisah lain daripada yang lain Bukan kisah kahwin paksa Anak orang kaya yang degil Nak cari DIAgnosis Macam dalam kebanyakan 'review' cakap Sedap sebab berasaskan pengalaman Si Doktor. #kbai

Hati Yang Waja (Merdeka-57)

Hati gementar tika menanti hari kemerdekaan Gentar bukan kerana takut Tapi kerna terlalu berat dengan kasih Pada negara nan satu. Hati yang waja Sentiasa mendoakan keindahan Hidup warna-warni Tanpa sengketa. Hati yang kian utuh Dengan rasa sayang Yang tak pernah luntur Agar kebebasan yang digapai Terus kukuh Tak bergolek rebah jatuh menyembah bumi sendiri. azlinbh28814

Hati Yang Ranum

Hati yang kian sarat Dengan rasa cinta terpendam Kerna antara kau dan aku Punyai pautan cerita silam. Hati yang kian penat Menahan dari rasa rindu  Yang kian melahar Tapi kerna dendam Kupendam. Hati yang kian memberontak Mahu meluahkan rasa sayang Yang tak lagi mampu disimpan Bersama dendam Kerna kau umpama Cahaya si kunang Terbit saat malam semakin kelam. azlinbh/27814

Hati Yang Mencair (Sinopsis Novel Sorry, Aku Bukan Dia!)

Lama sudah tak rasa senak perut dan sesak nafas saat membaca baris demi baris kisah yang dikiaskan dalam sebuah manuskirp yang dipanggil novel. Wah gitu ayat...  Tetapi, karya Iza Safiya, Sorry Aku Bukan Dia yang baru saja diterbitkan Karangkraf sekitar tahun ini membuatkan rasa itu hadir malah membuatkan air mata menitis gara-gara cerita yang disampaikan bukan cerita cinta biasa. Tidak perlu rasanya untuk menceritakan sinopsis novel kerana lebih menarik kiranya sedikit paparan Sorry Aku Bukan Dia, dirumuskan mengikut hati ini yang membaca dengan 1001 emosi. hahaha 'Lari' daripada kebiasaan, bukan kisah cinta si perogol dengan yang dirogol dan bukan kisah cinta kahwin paksa mahu pun kontrak malah bukan juga kisah cinta yang bermula dengan benci tetapi kisah cinta yang cintanya hadir dalam lipatan sejarah kehidupan yang pahit. Cerita yang agak sukar difahami pada mulanya, Iza (penulis) berjaya membuatkan pembaca keliru dengan permainan watak Hani Mariya. ...

Untuk Kali Terakhir

Hari ini kau kembali ke tanah tumpah darahmu walau tanpa nyawa Tapi aku percaya, rohmu setia menanti Bersama mereka yang menyayangimu. Tiada ungkapan indah Untuk lambangkan kesayuan Hanya air mata menjadi peneman Setiap mereka yang melihat. Saat munculnya mercu negara  Di tanah lapang yang gersang Air mata bercucuran bersama sebak yang tiada kesudahan Lalu, kotak-kotak kayu diusung tanpa lambaian Hanya tadahan doa moga rohmu kekal di alam abadi. MH17 dan nyawa-nyawa yang tiada lagi Kau catatan sejarah masa depan Mangsa ranapan di bumi sengketa Pasti yang menantimu hari ini Mengingatimu sampai nafas terakhir. Alfatihah buatmu semua.... azlinbh/220814 Terima kasih kepten Terima kasih MAS Terima kasih pemimpin Terima kasih pihak berkuasa Terima kasih Malaysia Kerana merealisasikan tanggungjawab  Membawa jasad mereka yang hilang nyawa Hanya sekelip mata Tanpa dipinta Mereka pergi dengan cara ditetapkan ...

Maafkan Aku (Asfan)

Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu Yang hilang bertahun-tahun yang makin rapuh Bila tersedar di atas kesilapan diriku Ku lupakan cerita lama dan terus kembali Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu [Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku Tidak terdaya untukku menanggung rindu Dan tidak terdaya aku melepaskanmu Bila tersedar di atas kesilapan diriku Ku lupakan semua dan kembalilah Maafkan aku bila aku melukai hatimu Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu

Untuk Jiwa-Jiwa Di Sana (Gaza)

"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”-Salahuddin Al-Ayubi... Untuk jiwa-jiwa di sana Dengan doa yang abadi Kau tenang di sana Walau hakikatnya Nyawamu umpama telur dihujung tanduk. Untuk jiwa-jiwa di sana Kecekalan dan ketabahan hatimu Bagai panglima perang Walau tidak bersenjata Cukuplah berbekalkan batuan kecil Kau terus berjuang Demi negara dan Islammu. Untuk jiwa-jiwa di sana Doaku sentiasa disisimu  Walau kita jauh jutaan batu. Untuk jiwa-jiwa di sana Dengan satu harapan, muncul 'Salahuddin Al Ayubi' Agar sejarah berulang kembali Bagaimana bumimu kembali berseri Pada tanggal 27 Rejab ribuan tahun lalu Untuk jiwa-jiwa di sana Allah bersamamu Sentiasa.... Semoga satu hari yang tak pasti Empayar Zionis ranap dan terbenam Dan Islam perkasa seluasnya. azlinazmi/bh/110814

Buatmu MH17

Belum hilang resah menanti perkhabaran sahabatmu Kau pula menjadi tajuk utama dunia Belum habis kering linangan air mata keluarga sahabatmu Kau mengundang penderitaan baharu Sesungguhnya kepercayaan hakiki apabila Percaya dengan Kun Faa Yaa Kunn Tuhanmu Kerana Dia Yang Maha Agung Mengetahui setiap gerakan sekecil zarah di pelosok alam ciptaan Nya. MH370 kau hilang tanpa berita Ghaib tanpa tertemu MH17 kau terhempas di muka bumi Wajah gahmu ranap depan mata Moga roh-roh beriman di dalam hubungan sahabat ini Dirahmati Allah dan selalu ada Di bawah payung rahmat Nya Sampai akhirat. Sesungguhnya, Takdir kau dan dia sudah ketahui Takdir kami di sini belum pasti. alinazmi170714

Terbang Tunduk

Bait-bait liriknya punyai berjuta pergertian tentang erti sebuah kehidupan yang dipinjamkan oleh Nya Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi Saksikan dengan mata Rasakan dengan jiwa Kau sedang tinggi Jauhnya kau terbang Siapa sangka? Getir yang menghalang tak besar mana Payah payah semalam Moga mudah selama Tiap apa yang mematah tegakmu Tiap yang menolak Tiap yang memijak-henyak Biar di belakangmu Jangan dikenang Moga dibuang dendam dan sayu Tuhan Jangan kau izin aku lupa Jangan kau biarkan aku mendepang dada Pasakkan hatiku pada kaki Paksakan ku tunduk sehingga mati. Lagu : Terbang Tunduk Artis : Fynn Jamal

Jauh Dari Cinta

Hantu novel dan hantu drama. Lebih-lebih lagi bila kes-kes adaptasi ni hehe... Cerita ini sempat dirakam sebab astro kan. Senang sikit, terus rakam dan semalam baru sempat menonton dari episod pertama sampai 20. Sebab tu tak tahu langsung pasal MH17 terhempas :'( Lagipun ABC, jadi memang masa yang sesuai nak menonton semalam kononnya. Habis saja menonton dalam jam satu pagi, baru sempat semak telefon. Sekali hamikkk ko, dunia tonggang terbalik pun tak tahu dah. Memang terkejut dengan insiden MH17. Mengucap panjang. Takdir Allah, siapa tahu. Moga keluarga mereka tabah setabah-tabahnya dan kepada yang menyahut panggilan Ilahi pada malam-malam terkahir Ramadhan, al fatihah untuk mereka (beragama Islam). Moga ditempatkan bersama golongan beriman. ******* Bercerita pasal drama Jauh Dari Cinta (JDC), asalnya macam malas nak tengok sebab pelakon la kan hehe... Tapi novel tu dah baca. Cerita best. haha mana ada novel yang tak best, kalau saya yang baca kan... Biasalah minah novel. ...

Mimpi

Mimpikan dia Mungkin masih ada sisa rindu Walaupun kenangannya secebis Tapi kekal utuh Kenapa? Tak pasti Mungkin masih ada cinta Dalam diam .... as

Tentang Diri

"Usah biarkan hati kontang tanpa Iman Usah biarkan diri sunyi tanpa teman Kehidupan hari ini adalah masa depan Yang sudah berlalu biarkan pergi selamanya Masa takkan prnah berputar Apa lagi nak dikenangkan Ikut derap langkah mencari T elunjuk impian yang nak digapai..." azlinbh/bangsar/20714 

Puasa dan Menyusukan Anak

Puasa dan menyusukan anak bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi bagi mommies yang beri sepenuhnya susu ibu. Saya bercerita hanya bersandarkan pengalaman sendiri selain yang saya peroleh dari bacaan dan perbualan bersama ibu menyusu yang lain. Syukur, ini tahun kedua saya berpuasa dan menyusukan. Tahun lalu, penuh puasa walaupun period dah datang sebulan dua awal (sebelum Ramadhan).  Bercerita mengenai bagaimana untuk berpuasa sambil menyusukan anak? Antara tips paling mudah yang dapat dikongsi ialah :- 1. Amalkan sikap sederhana ketika berbuka. Jangan gelojoh dan 'berhari raya' sangat. Paling penting, amik makanan seperti nasi, banyakkan sayur-sayuran, sup dan kurma. Selain itu seperti biasa, saya amalkan teh hijau (no sugar)/japenese tea untuk minuman berperisa selepas berbuka.  2. Sebaik saja selesai Terawikh, boleh teruskan kudapan anda dengan mengunyah kuih muih, taufu fa, kurma, kekacang, biskut, roti, cereal dan lain-lain. Sebelum tidur, saya akan minum susu...

Ramadhan Mubarak

Alhamdulillah, InshaaAllah, bertemu lagu si purnama indah, tenang, damai dan mengasyikkan, Ramadhan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, apa yang ingin digapai hanyalah keberkatan dan rahmat daripada Yang Maha Esa. Moga Ramadhan kali ini memberi peluang sekali lagi untuk beribadat dengan khusyuk, beramal jariah dan berusaha menjadi ikhlas dan sabar selain dapat membetulkan aqidah. Kerana dengan itu, dapatlah diri ini memperbaiki amalan wajib dan memperbanyakkan amalan sunat dan seterusnya diteruskan di sepanjang tahun... Selamat datang Ramadhan Selamat datang bulan rahmat

Membebel

Cerita yang tidak pernah habis. Begitulah hal kehidupan. Dilahirkan, menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa kemudian menjalani zaman persekolahan sehingga peringkat tertinggi. Melayari hari dewasa dengan kerjaya, bercinta, putus cinta, berkahwin dan akhirnya sampai hari tua sebelum ajal menjemput. Ada di antara kita bahagia dan ada di antara kita tidak bahagia. Bahagia perlu dicari. Bahagia hadir dalam diri. Berbahagialah sehingga jantung berhenti berdetak. Untuk awak, semoga bahagia. Untuk diri ini, masih mencari bahagia. Bahagia yang takkan digapai adalah bahagia bersama awak!

Alahan antibiotik ?? (PART 1)

Anda mungkin diajukan soalan ini apabila anda berjumpa dengan seorang doktor atau ahli farmasi. Maklumat berkaitan sebarang alahan ubat yang anda alami adalah penting dan perlu dimaklumkan kepada mereka. Ini adalah kerana kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh ubat-ubatan. Alahan ubat secara ringkasnya ditakrifkan sebagai tindak balas alahan yang disebabkan oleh tindakbalas ubat yang tidak normal. Tindak balas ubat ini terhasil disebabkan oleh tindak balas hipersensitiviti yang mana telah mendorong tindakbalas imunisasi diarahkan pada ubat. Tindak balas hipersensitiviti boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis gejala yang dipanggil gejala alahan. Gejala alahan boleh menyebabkan gejala dalam hidung, paru-paru, tekak, sinus, telinga, perut atau pada kulit tidak kira sama ada tindak balas alahan berlaku serta-merta atau lambat, atau gabungan kedua-duanya. Tanda-tanda & Kesan Tindak balas terhadap ubat adalah berbeza bagi setiap individu. Seseorang ya...