Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

That Winter, The Wind Blow lagi

Lagu in rancak bermain di kepala otak saya sejak dua menjak ini. Selepas asyik dengar OST I Miss You, kini menghayati bait-bait lagu cinta That Winter The Wind Blow pula Marilah bersaksikan rasa cinta dihati, kita hayati alunan indah lagu ini hehehe The One – 겨울사랑 (Winter’s Love) Lyrics (That Winter, The Wind Blows OST) Romanization naneun geudael algo issseumnida malhaji anhado neukkimnida geureon nawa darmeungosi manheun apeun saramijyo sarangttawin baewoboji motae jal alji motalgeol naneun aljyo hajiman geudaeran saram nae unmyeongingeol neukkijyo hayan nunkkoccheoreom yeorin naui saram geu sarami nareul apeuge haneyo o barami bureowa meolli geudael deryeogalgeotman gata oneuldo geu yeopeul jikigo inneyo bireobomnida haneurerado naui gidoga daheulsuitge baraebomnida ijen meomchulsudo eomneun dokhan sarange.. nae sarmi jogangnado geujeo dan hansaram dan hansaram geobuhaji motal unmyeong gateun sarang geu sarami nareul seulpeuge haneyo chan gyeour...

Miss You vs That winter, The Wind Blow

Puas dah menangis dengan I Miss You (IMY), teruja pula dengan That Winter The Wind Blow (TWTWB). Dua-dua tentang cinta cuma IMY penuh dengan air mata :) ... TWTWB nak sangat tengok sebab heroinnya sangat saya gemar. Heroin Autumn In My Heart dan Full House, Son Hye Kyo. Jalan cerita nampak menarik. Dengarnya adaptasi dari drama Jepun. Death Love ke apa ntah hehe (malas nak cari) Hmmm tak nak ler cerita lebih-lebih, nak tahu best ke tak kenalah tonton sampai habis :) haihh baru episod 3 hmmmm kisah adik beradik, konflik kekeluargaan dan pastinya membuahkan rasa cinta pada pasangan yang sebenarnya bukan adik beradik ... <*_*>  Lupa nak cakap pasal heronya, kalau IMY kagum dengan si Mickey tu, untuk TWTWB pula, hmmm hero nampak menarik hehe okay nak google pasal Jo In Sung ;p I Miss You :- ~~~  Tengok online je sebabnya nak menonton di rumah kena bergaduh dengan Aniq hohoho ~~~

Doa untuk anak

  Pertama kali mengandungkan Aniq Raheel, perkara pertama mak beri ialah doa ini :-     Doa Agar Terpelihara Anak dalam Kandugan اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَ فِى بَطْنِيْ وَاشْفِهِ أَنْتَ شَافٍ لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِيْ صُورَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ Ya Allah, rupakanlah/bentukkanlah dia yang berada di dalam perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dalam hatinya akan keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu. اللَّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلَادَتِيْ سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat. اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلًا وَعَاقِلًا حَاذِقً...

Cerita Tentang Kami

Memori itu sentiasa mekar walau  Perkenalan yang sekejap Pertemuan yang cukup dengan bilangan jari Tapi dia mengajar erti persahabatan Memberikan rasa kasih  Yang selama ini tidak pernah aku rasai Kasih sayang sebenar dan tulus. Ingin walau sekali kutemu Untuk aku ungkap kata maaf Maaf Maaf Kerana pernah menghancurkan hati Menghentak perasaan ........... Tak mampu lagi menahan sebak di dada Kerana sudah terlalu sarat dengan kesal

Mencari Yang Terbaik (PART2)

COMEL OKAY HOSPITAL HELLO KITTY NIH! Bercerita keselesaan bersalin di hospital, bagi saya ia penting sebab selepas bersalin dengan menggunakan tenaga fizikal dan rohani, saya perlukan rehat dengan kadar maksimum sebelum berjaga ditengah malam dan tidak cukup tidur pabila pulang ke rumah. Apa yang saya tahu jika bersalin di hospital kerajaan, sebaik bersalin anak diserahkan pada kita untuk dijaga (sekiranya anak sihat). Tidak pula di hospital swasta, anak hanya diberi atas permintaan seperti untuk disusukan atau ada mereka yang datang melawat ingin melihat anak kita. Jadinya, sebaik bersalin saya dapatlah rehat secukupnya. Tidur tanpa diganggu. Tak payah nak bangun-duduk-bangun-duduk salin pampers, tukar baju baby bagai. Tidur saja sepuasnya dan rehat secukupnya. Kumpul tenaga untuk masa depan hehe Selain itu, keselesaan lain, sebab berbayar, apa saja kemahuan kita dipenuhi sampaikan mandi pun mereka boleh temankan (duduk luar bilik air ler)... Siapkan tolong sikatkan rambu...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Rumah Idaman

pic: google Hari ini nak bercakap pasal sebuah rumah. Rumah adalah aset penting yang WAJIB ada pada setiap individu walaupun individu itu mempunyai pasangan. WAJIB itu dari suduh keduniaan yang bermaksud perlu ada untuk dijadikan aset atau hartanah untuk disewa atau diduduki. Itulah yang sedang saya rencanakan sejak akhir-akhir ini. Saya mahu cari aset untuk diri sendiri. Suami dah ada satu, hartanah (rumah) yang sedang kami duduki hari ini. Itu hak dia jadinya saya perlu mencari hak saya. Tujuannya bukan sebab NEGATIF tetapi POSITIF iaitu dengan ada dua aset, kita sebagai suami isteri boleh menjadikan salah satunya sebagai alat menampung kehidupan masa depan. Bersyukurlah kalau ada dua tiga kan :) Lagi-lagi bekerja swasta seperti kami. Tiada pencen. Noktah. Anda sendiri faham. Jangan harapkan sangat wang ratus ribu yang bakal diperoleh nanti sebab duit umpama air, banyak gunanya, cepat habisnya. Kadang-kadang pengeluarannya tak terbatas, tak mampu disekat sebab ...

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Ini untuk saya, kalau-kalau terlupa boleh baca untuk kembalikan ingatan bahawa anak-anak hanya seorang budak kecil yang sedang melalui proses pembesaran :) Tak apa, anda juga boleh membaca. Tak berdosa pun jika kita berkongsi ilmu .... MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian.. Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal ...

Berdoa (Pencerobohan lahad Datu, Sabah)

Ya, berdoalah sekiranya anda tak mampu menjadi pewira! Berdoalah andai anda tak rela berkorban tenaga! Berdoalah jika anda tak kuat mendakap senjata! Sabah antara negeri dalam Malaysia jadi ia adalah milik kita sebagai rakyat Malaysia. Hilangkan egomu, rendahkan pekik-lolongmu demi mendalami erti perjuangan dan maksud kemanusiaan. Jangan jadikan isu darah sebagai politik. Apa yang penting hari ini ialah satukan hati, gandingkan bahu, eratkan pegangan tangan antara kita untuk membantu saudara-mara kita nun di sana. Kita bertuah memiliki Malaysia sebagai negara aman sentosa dan kaya dengan hasil buminya. Jadi menjadi kewajipan kita memelihara kurniaan Allah yang tidak terhingga ini. Buangkan jauh-jauh sifat riak, takbur, dengki dan khianat terutama kita yang sesama Islam. Wujudkan perpaduan yang lama didambakan demi membantu mereka di Sabah. Ini ujian Allah untuk kita sedar yang kita sudah lama hanyut dibawa arus keriakkan. Allah mahu kita bersatu hati. Allah turunkan ujian bers...

Berdoa dan terus Berdoa

Ini I'ngah saya ,erangkap wali saya, abang kedua ayah saya. Hari ini tepat jam 10 pagi tadi, beliau dimasukkan ke bilik pembedahan bagi menjalani pembedahan kanser. Semoga beliau berada dalam keadaan baik dan dilindungi Allah. Semoga setiap urusan dipermudahkan Nya :) Bermesej dengan ayah sebentar tadi, katanya ramai berada di hospital menemani beliau. Semoga setiap patah kata semangat yang ahli keluarga berikan padanya menguatkan semangat beliau selama ini. Kami sayangkan dia. Ada atau tidak kami di sana, saya percaya semua adik beradik, ipar duai, anak menantu, anak-anak buah dan cucu-cucu beliay sentiasa mendoakan yang terbaik. ~~~ Berdebar sungguh rasanya menanti lima jam berlalu ~~~