Biarlah saya saja tahu apa sebenarnya erti lelah-penat-putus asa- atau apa saja yang kamu semua kaitkan dengan sikap meroyan. Ramai sudah mengungkap pendapat tentang berhenti saja kerja! Rezeki di mana-mana! Ingatlah anak! Jadi saja surirumah suami! Cari saja pekerjaan lain! atau apa-apa saja yang mengaitkan saya yang sudah cukup letih ini.
Saya teramat-amat dan amat menghargai pandangan kalian tentang apa-apa saja cemuhan-bingkisan-luahan saya di facebook atau di sini atau di mana-mana kerana saya memang memerlukan pendapat dari kaca mata akal kalian. Tetapi akhirnya saya faham sebab saya yang kena buat pilihan. Jadi pilihan saya masih kekal di sini.
Percaya pada diri, sebab itu saya perlukan apa yang ada sekarang. Saya dah malas nak merungut dengan suami tentang keletihan teramat saya berulang-alik hari-hari dari Seremban ke Kuala Lumpur. Saya tahu jika saya hendak berhenti kerja saya perlu ada kerja lain namun, saya tidak lagi berezeki di Seremban.
Dalam pendapat itu, masih ada memunculkan kata-kata membingitkan otak saya. Kenapa saya perlu meluahkan? Sebab otak saya yang saya kira semakin berat ini harus dikeluarkan sebahagian isi tekanannya. Saya bosan dengan apa yang saya lalui di sini. Saya nak seperti dulu atau membuat sesuatu tetapi saya tak suka meminta takut dikata 'tunjuk rajin'...
Di sini, saya nak tulis bahawa saya tak boleh berhenti kerja sebab saya amat perlukannya. Kerani di Seremban boleh saja tetapi macam mana saya nak beri mak duit bulanan, adik belanja sekolah, kelengkapan rumah saya, anak saya dan apa saja yang saya bayar selama ini. Apatah lagi suami saya hanya ada lebih kurang 13 tahun untuk pencen. Jadi bagaimana dengan hanya bekerja sebagai kerani?
Saya bukan membawahkan pekerjaan halal itu. Cuma kos kehidupan yang sedang saya lalaui ini sangat tinggi dan sukar sekiranya saya mencari kerja lain pada ketika ini. Saya juga perlu membayar wang pinjaman PTPTN yang sampai mati pun belum tentu habis bayaran bunganya. Termasuk juga simpanan insurans untuk saya dan anak-anak demi masa depan mereka. Hidup di negara permai ini, perlukan banyak duit memandangkan ia adalah negara kaya- raya. Malah macam-macam saya perlu fikirkan dan saya percaya Allah telah menulis rezeki saya di sini. Maka saya berdiri kukuh di sini. Selagi Allah tidak tunjukkan saya jalan lain, saya tetapkan hati di sini.Saya bukan anak orang berada. Noktah. Dan, kerana itulah saya masih bertanggungjawab terhadap ayah dan mak di kampung serta adik-adik saya khususnya yang masih bersekolah dan belajar.
Kadang-kadang sebab penat saya marah. Saya marah manusia yang menambahkan penat saya seperti yang saya luahkan dalam facebook selalunya. Saya marah pemandu bas sebab saya dah hafal perangai mereka sebab sudah tiga tahun saya turun naik bas. Ada orang marah dan perli sebab saya suka meroyan dengan kata-kata mereka , apasal tak bawa kereta je? laki hantar? naik komuter? Saya terima pandangan itu sekali lagi namun, seperti biasa mereka takkan faham. Sebab mereka pernah ada di tempat saya? Ada juga yang tak pernah pun naik pengangkutan awam dan memberi pendapat secara luaran.
Dengan ikhlas saya terima. Tetapi, saya juga yang tahu apa itu perangai yang ada terhadap pemilik pengangkutan awam di negara ini. Mana tidaknya saya meluah rasa, meluah amarah atau apa saja dalam laman sosial saya. Saya memerhati dan saya sudah faham, tidak seperti apa yang awak faham. Saya tiada pilihan kerana dengan pengangkutan awam saja saya dapat membajetkan wang keluar masuk. Saya kena berjimat untuk anak saya dan bakal anak-anak saya sebab seperti saya katakan tadi, kos hidup semakin lama semakin tinggi.
Ohh... saya kira besar sebenarnya pengorbanan saya selama ini. Itu penyebab saya kekal di sini sehinggalah ada sinar di Seremban nanti. Saya kuat rupanya kerana saya masih sempat memasak untuk makan malam walau sampai rumah jam 8-9 malam. Sempat lagi memutar washing machine untuk membasuh baju Aniq mahupun aku setiap Selasa dan Khamis. Jadi aku masih lagi mampu menjalankan tanggungjawab walaupun terpaksa menempuh hujan lebat, panas terik dan sikap pemilik pengangkutan awam. Saya fikir positif dan fikir sebab tu Allah berikan saya ujian seperti ini kerana saya kuat. Saya kena percaya takdir yang satu itu.
Sampai bila? Jawapan kepada soalan itu tak terdaya saya mentafsirkannya. Cuma doakau agar ada sinar di hari esok. Saya memang mahu bekerja saja di Seremban dengan pulangan setimpal untuk melangsaikan apa yang wajib setiap bulanan. Penat mana pun saya, lelah mana pun saya dan tertewas kadang-kadang saya bila kerap menghadapi kegetiran ini, saya belajar untuk tempuh dan redha dengan apa yang sedang saya lalu.
Sebab, bila saya fikir dalam-dalam, saya tahu ada ramai lagi yang besar dugaannya. Malah perlu melalui saat getir tanpa suami disisi. Ada kawan saya yang berjauhan dengan suami sebab perlu menjalankan tugas. Ada yang tinggal berdua saja dengan anak sebab suami ke bertugas di luar kawasan dan ada juga yang harus bersendiri ketika mengandungkan anak suami kerana mahu menjaga kerjaya yang baru digenggam. Tidak kurang pula yang kena berjauhan dengan anak disebabkan perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja makan gaji.
Oleh itu, saya kenalah bersyukur sebab walaupun ulang-alik saya tetap tidur di bawah ketiak suami saya. Saya masih boleh menyusukan anak saya dan kami masih ada masa untuk bersama.
~~ Tiap hari saya belajar jadi ikhlas menerima ujian Allah sebab masih ramai yang lebih besar ujian yang dihadapinya~~

Comments