Tiada apa-apa yang menarik untuk diperkatakan atau disingkap. Cuma aku adalah seorang yang lahirnya di Muar, suka berdiam sehingga dilabelkan sebagai sombong dan ia akan berterusan sekiranya kau tidak pernah mengenali diri ini seadanya. Aku kadangkala boleh berubah sesengal yang mungkin, sekejam yang boleh, semangkuk tingkat dan semangkuk hayun mengikut rasa hati... ;p
Jadi kenalilah aku sebagai aku kerana namaku hanya sebaris nama yang mempunyai unsur pengertian yang manis untuk dipersoalkan. Aku nampak lembut tapi sebenarnya kasar. Aku nampak sopan tapi boleh jadi aku juga garang dan aku nampak baik tapi sekejap-sekejap hadirlah kenakalannya.
Di sini sekadar mengisi kebosanan kerana bila aku bosan aku akan laju menulis apa saja yang ada di hati dan perasaan
~~permulaan pertama untuk pertama kali sebab aku pantang melihat keyboard~~
Comments