Skip to main content

Posts

Sejenak Bersama Vaksin

Barangkali ada yang berpendapat, tidak perlu memvaksinkan anak-anak kerana sudah menerima susu ibu. Tetapi bagi saya, walaupun anak-anak saya diberikan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, saya tidak pernah lupa untuk memvaksinkan mereka dengan vaksin yang diwajibkan KKM dan juga dua vaksin tambahan. Akif Raheel, menerima vaksin agak lewat kerana kekangan waktu. Itupun saya dah risau sangat sebab vaksin sebulan tak ambil sampai usianya dah menjangkau tiga bulan. Hingga akhirnya, Akif Raheel dijangkiti batuk dan selesema. Lantas, terus bertemu Paed, Dr Chin dan buat apa yang patut. Alhamdulillah selepas menerima ned daripda Paed Dr Woo, batuk berkahaknya semakin berkurangan. Vaksin sebulan pun dah selesai. Kenapa saya mengambil vaksin tambahan? Mungkin kerana pengalaman, apabila Aniq jatuh sakit. Rotavirus, buatkan saya fobia mahu bermalam di hospital. Selepas lahirnya Ruhee Ayra, dengan adanya sejarah itu, terus saya wajibkan vaksin untuk Rotavirus. Kemudian, saya terbaca...

Lahirnya Muhammad Akif Raheel

Betul kata orang, setiap kelahiran bagi setiap anak memang akan ada bezanya walaupun sedikit. Walaupun antara Aniq dan Ruhee tidak terlalu beza terutama jangkaan bersalin, tetapi tidak kepada Akif. Seperti Aniq dan Ruhee yang kononnya keluar seawal minggu 36-37, makanya Dr Intan pun menjangkakan perkara sama berlaku pada Akif. Jadi jangkaan tarikh si kecil ni keluar adalah pada 27 April 2015, awal dua minggu daripada tarikh bersalin sebenar pada 18 Mei 2015. Hendak dijadikan cerita, mommy ni pun ambillah cuti awal. 21 April ambil cuti dah huhu. Tapi sampai ke 27 tak beranak juga. Serah diri kat Dr Intan. Bukaan dah 1cm jadi kata Dr jalan dah ada jadi dia sarankan MC. Tak boleh dah nak travel Sbn-Kl. Logiknya, anak ketiga ni cepatlah bukaan tu membuka. Tapi tidak. Sampailah ke 6 Mei, check up seterusnya masih belum buka. Si Akif pula membesar dengan siht dlm perut mommy. Dah 3.45kg. Dr kata ini kalau tunggu mahu kena czer. Lagipun medical report sebelum ni, mommy memang akan alami...

Bila sudah terungkap

Bila hati telah mati Yang tinggal hanya jasad Tanpa rasa. Bila akal telah terhenti Yang tinggal hanya otak Tanpa waras. Begitulah andaian hidup Tidak selalunya cerah Pasti menyusul gelap Dalam terang Hadir tanpa diundang Pergi tanpa dipaksa

Hati Mati

Bukan satu yang mustahil dalam hidup seseorang sekiranya dugaan datang bertalu. Jika memang bukan salah diri, diamkan saja kerana ia sudah memadai. Kata-kata yang keluar dari hati yang panas seringkali menjadikan keadaan semakin panas dan boleh mengganggu gugat keharmonian hidup. Bagaimanapun, sampai bila? Sampai mati, barangkali. Dua perkara yang paling memualkan dalam menjalani hidup bermasyarakat ini adalah berdepan dengan fitnah dan mengungkit perkara lepas. Alangkah baiknya jika tuduhan itu mempunyai bukti sahih lagi jelas bukan hanya mengadu domba dan mencanang dengan kata-kata "semua orang tahu...." Sama seperti membantu manusia di muka bumi ini. Tidak perlu menjadikan pertolongan itu sebagai landasan untuk ke syurga kiranya pertolongan itu nanti diungkit dan dibangkit kembali apabila bersengketa. Pertolongan menjadi lebih mulia sekiranya tidak mendambakan balasan walaupun sebaris ucapan terima kasih. Tersentap apabila disembur dengan sindiran dan kata-kata lah...

Akhirnya...

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga menjengah blog yang kian berhabuk dan penuh debu ini. Sejak Mac lalu, langsung tiada keinginan nak menulis di sini. Bukan sibuk atau kehilangan idea cuma malas dan lebih-lebih lagi tengah sarat mengandung. Kini, unborn baby pun sudah selamat dilahirkan pada 8 Mei lalu tepat jam 2.13 petang, hari Jumaat yang indah. Lahirnya Muhammad Akif Raheel, anak ketiga dan anak lelaki kedua mommy dan daddy, melengkapkan kehidupan rumah tangga kami. Syukur, semuanya berjalan lancar walaupun kelahiran Akif yang paling mendebarkan hati mommy kerana beratnya yang mencecah 3.49kg, lari daripada tarikh jangkaan lahir kerana jika ikut sejarah kelahiran Aniq dan Ruhee, keduanya selamat keluar pada minggu ke 36/37. Disebabkan Akif yang semakin sihat sepanjang dalam kandungan, makanya Dr Norintan Zainal Shah menasihatkan mommy untuk bersalin pada 8 Mei dan tidak perlu tunggu EDD iaitu pada 18 Mei. Apapun memang bersyukur kerana semuanya selamat dan Dr Norintan, se...

Ketagihan

Ketagihan yang biasa-biasa bagi seorang penulis Apa saja difikirkan mahu situlis Kerana di atas helaian itu semua dapat dicurah Curahan isi hati dan isi kepala. Aku menulis kerana aku suka Bulan mahu orang baca sangat Bukan juga mahu cari peminat Sebab menulisnya aku untuk aku Menilai kemampuan diri Dalam dunia sastera yang kian terpinggir. Ketagihan aku biasa-biasa saja Menulis langgam indah saat idea datang  Atau mahu meluahkan sesuatu yang terlintas Dan juga terpendam. Menulis bagiku satu terapi otak Rasa tenang aman dan damai saat Akal mula meliar mencari rangkap kata Untuk keseronokkan diri sendiri. Atau aku ketagih untuk menulis bila Kerap menulis yang fakta dan jitu Jadi bila mana dapat peluang menulis Aku bahasakan dengan bait indah Itu aku rasa Orang lain, aku tak tahu. Ketagihan biasa-biasa bagi  penulis Menulis selagi mahu menulis Walau apapun yang dicurahkan Mungkin ada tersiratt disebalik tersuratnya...

Anak

Anak adalah anugerah Allah dan juga amanah daripada Nya untuk kita sebagai ibu bapa, menjalankan tanggungjawab terhadap pemberian yang paling bermakna. Siapa tidak mahukan cahaya mata sejurus melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan? Siapa yang tidak berharap adanya bunyi tangisan seorang bayi yang memecah keheningan malam? Namun, apabila memperoleh pemberian itu, kita lupa diri sampai hilang akal yang waras dan akhirnya si kecil yang dulunya ditatang umpama minyak yang penuh menjadi tempat untuk melunaskan amarah. Betul, ada ketikanya diri ini juga tersasar saat emosi membelenggu diri. Sampai terlupa yang diluahkan rasa marah itu adalah anak yang dikandung sembilan bulan. Cuma, perasaan marah itu tidak pula berjagkit sampai menyumpah atau memukul anak tidak tentu hala. Alhamdulillah, kawalan emosi positif masih berfungsi dengan baik. Hmmm... dua perkara yang amat-amat pantang dibuat oleh ibu mahupun bapa adalah menyumpah dan membezakan antara anak-anak. Sejak dari dulu. Marahlah...