Skip to main content

Posts

PART 2: Menariknya GH Seremban: Sedia maklum, pertama kali tidur kat hospital dan pertama kali jaga orang sakit. Semua pengalaman itu adalah yang pertama kali. Menariknya di GH ni, tiap pagi ada ler kakak atau makcik, datang jual "Nasi lemak panas, bihun panas, milo panas..." best sangat sebab mommy masih boleh makan sedap dan tak perlu turun nak beli makanan hehehe. Lepas tu, nurse semua baik-baik belaka dan lemah lembut dan lagipun ramai nurse muda dan masih baru jadi cara mereka tu lebih lemah lembut mengikut perkembangan semasa hehehehe... Sister pun okay cuma seorang sister je agak garang dan mommy pernah kena dengan dia sebab waktu siang-siang hari mommy boleh bergolek atas katil dengan Aniq hehehe... penat sister, bukan apapun saya nak lelap kejapkan. Paling tak senonoh, bila mommy dengan bantuan kakak Cina yang sebulan duduk GH sebab anak dia istinmewa dan sakit, kesian.... tapi dia tabah sangat dan sentiasa happy go lucky! Okay, dengan bantuan dia mommy berjay...

Bukan Cerita Tipu

Cakaplah sesiapa saja yang mengandung ke, dah ada anak ke atau berderet anak-anaknya.... Saat paling indah apabila mereka bersama kita. Belum keluar dari rahim ke, dah keluar dari rahim ke sama saja rasanya... Hmmm kalau yang belum keluar membuatkan mommy berangan 24 jam apatah lagi bila sicilik, si kacak, si comel, si ayu, si manja, si pandai cakap tu kat depan mata kan kan.... 24 jam merinduinya saja ler..... Itulah mungkin kelebihannya bila dikurniakan anak. Anak ubat semua tekanan, marah, penat dan apa saja... Walaupun 1001 perangai yang dia tunjukkan, tapi sebab dia adalah anak maka semua itu ditolak ketepi... Lagi-lagi bila nengok wajah manjanya, senyumannya... alahai.... Macam Aniq Raheel, keletah yang semakin menjadi-jadi.... Walaupun bangun pagi-pagi sebut nama Barney bukan mommy, tapi mommy tetap rasa nak gomol dia... Haaaaa Jadi, kaum wanita yang masih belum punyai rezeki untuk memperoleh zuriat, Insya'Allah, Allah tahu bila Dia nak beri rezeki itu kepada kita. Cuma ...
"WONDERFUL MEMORIES WHEN HAVE A SPECIAL FRIEND WHOSE LOVE AND COURAGE WAS AN INSPIRATION AND ALWAYS MISS FOREVER IN OUR LIFE" Saya simpan quotation ni sejak darjah enam kot.. atau tingakatan satu camtu la... lama kan! saya suka quotation ni... lupa dah amik dr mana sebab masa tu mana tahu nak tulis 'dipetik' 'rujukan' dan sebagainya kan.... Hmmmm gitulah kehidupan berkawan ni! wahima sampai bekerja pun mahukan kawan untuk tahu apa saja tentang kita dan dia.... kalau buruk kita, ditegur kalau teruk kita diajar... tapi dunia kerja takkan jumpa lagi dah kan... hahaha ye ler, masing-masing dah berusia, fikir urusan suami dan anak-anak.... kawan ni macam hi-hi-bye-bye je...... setakat ni, yang masih ringan mulut nak tegus salah silap atau apa saja yang buruk adalah kawan yang kita kenal sejak zaman sekolah atau belajar di Universiti.... Mungkin mereka je faham sebab zaman tuler hidup penuh pancaroba kan... makan berkongsi minum berkongsi..... duit boyfriend b...

Teringat ketika dulu.....

Mula-mula mengandung kali pertama hmm masa tu mengandungkan si kacak lagi menawan hati mommy tuler kan, mak beri surah yaasin warna hijau, kulitnya dah agak rosak tapi isinya masih boleh dibaca. Di belakang yaasin tu mak ada tulis dengan tulisan tangan dia sendiri satu doa yang dia kata amalkan.... Katanya, surah yaasin dan doa itu dia amalkan sejak mengandungkan aku lagi. Dalam surah yaasin itu juga, dikulit yang sama, bahagian atas siap elok, mak tulis tarikh dan waktu lahir lima anaknya.... Sebab itulah mak kalau nak ucap 'selamat hari lahir' tiap kali ulangtahun kelahiran anak-anak dia, mesti dia akan cakap waktu anak-anak dia lahir... Itulah mak kan... haishh... apasal iols sebak lak ni.... Mak, moga Allah sentiasa memberi kau pelindungan, rahmat dan keberkatan Nya di dunia dan akhirat.. Terima kasih sebab menjaga Alin, Shahril, Azie, Sufi dan Ain (kelopak bunga mak ayah) dengan baik dan cemerlang :) doanya, " Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada ...

Untuk waktu senggang

Pemakanan Ketika Hamil Setiap ibu hamil perlu tahu perkara paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Pengambilan makanan seperti :- 1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu. 2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi k...

Sampai Bila

Andai kau bersungguh mencintaiku Buktikan Tapi tidak pernah Mungkin kerana dendam Atau ego tidak bertepi Hingga kini aku mencari bahagia Cuba membina Namun gagal Bahagia aku hanya diri aku Entah sampai bila
19 April 2012 dah nak dekat nih! jadi sudah tiba masa untuk mommy siapkan idea dan persiapan sikit-sikit untuk sambutan kedua ulangtahun kelahiran Muhammad Aniq Raheel... Hmmmm apakah idenya ye? adakah ini? Sudah tentu barney and the gang menjadi tema tahun ni hehehe sebab my lil prince now so addicted everything about barney Idea untuk invatiation card Okay survey cupcake area Muar untuk tempahan nanti Boleh suruh umi Aniq design dan buatkan saja Survey party kit and everything yang ada Barney Kali ni just a simple cake but nice Yeayy ni penting           dan dan dan dan   eh? hahaha yang ni pula, adik Aniq yang comel ekekekeke   ~~~Kan best kalau dapat mascot Barney kan kan.. Hmmmm mahal ler Aniq hehehe~~~