Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2024

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...

C H I N G U E

Mentari terik petang itu memberi rasa bahang. Rin dan Ira masih lagi duduk di bawah pokok kelapa melihat sawah terbentang luas.  Rin dan Ira merupakan kawan baik sejak dari tadika lagi. Hubungan mereka tidak ubah seperti isi dan kuku. Tak pernah berpisah sejak dari zaman kanak-kanak hingga masing-masing tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Pertemuan dua gadis kampung itu mungkin menjadi pertemuan terakhir kerana Rin telah dipanggil untuk memasuki universiti esok. Malam ini Rin akan bertolak ke Kuala Lumpur, bermalam di rumah abangnya.  “Ira, kau tak perlu sedih sebab aku yakin universiti pilihan kau akan panggil kau nanti. Lagipun buat masa ini kita boleh berhubung melalui panggilan telefon dan video,” ujar Rin sambil menggenggam jari-jemari Ira. “Entahlah. Aku tak rasa aku dapat pergi. Keadaan kesihatan aku pun tak menentu ni,” Ira mendengus perlahan.  “Jangan pasrah terlalu awal. Kau kena kuat. Penyakit kau bukan baru tadi kau dapat. Selama ni kau kuat. Aku ada dan akan sela...