Lumrah kehidupan, apa yang kita inginkan tidak semestinya kita dapat. Apapun, mensyukuri apa saja yang diberi oleh Nya sudah mencukupi kerana itu adalah yang terbaik untuk kita. Zen melepaskan keluh-kesah yang dipendam seorang diri. Menyesal? Mungkin ya dan mungkin tidak. Dia sekadar menganggap antara dirinya dan Eva tiada jodoh. Cuma, bahagian paling pelik, apabila Eva adalah jodoh untuk sahabat baiknya, Adi. “Adi, flight aku ke Australia minggu depan. Jadi tak dapatlah aku nak tengok BFF aku bersanding,” ujar Zen ketika minum petang bersama Adi di warong Mak Mah. “Tak apalah, nak buat macam mana. Lagipun kau bukan sengaja, ye tak?” Adi menduga. Zen hanya gelak. Biar nampak ceria di depan sahabatnya. Dia tidak mahu Adi tahu betapa retak berkecai hatinya selepas gadis yang bertakhta di hati bukan miliknya. ' Cinta dalam diam. Akibatnya, merana sendiri.’ Detik hati Zen. • Berada jauh dari tempat asalnya membuatkan Zen seakan lupa dengan kesedihan lalu....
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)