Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

M E M O R I

Kelmarin adalah memori Hari ini pasti menjadi memori Esok tentu saja ada memori Itulah kehidupan Melakar memori saban waktu Baik buruk yang diharungi Adalah memori Suka duka yang bernafas Adalah memori Gapailah indah dalam hidup Ciptalah senyum Buangkan derita Agar memori yang tercipta Adalah yang membahagiakan AlinSyukor

RASA ITU

Barangkali banyak perkara yang telah aku lupa Barangkali juga banyak perkara telah aku lewati Namun, ada satu yang tetap dalam hati Rasa pada diri kamu  Rasa yang takkan pernah hilang Walaupun dimamah waktu Maaf kerana tak pernah membuangnya Bukan tidak mencuba Tapi rasa itu tidak mahu pergi  Bagai bayang-bayang yang mengekori Sekali lagi, aku simpan  sampai mati.

P E R K A R A T E N T A N G H I D U P

Dalam hidup ini ada perkara terpaksa kita simpan rapi dalam hati sampai hari mati.  Dalam hidup ini ada perkara terpaksa kita tinggalkan dan pendam asal tidak berdendam. Dalam hidup ini ada perkara yang bukan kebetulan kerana semua telah ditakdirkan. Dalam hidup ini juga ada perkara kita harus lepaskan walaupun kita tak mampu bebaskan.  Kerana hidup tidak pernah berpatah balik.  Hidup adalah hari penentuan untuk kita dan hidup terhenti saat kematian tiba.

H I D U P

Berulang kali kau sakiti hingga tiada lagi rasa  Yang tinggal hanya dendam dalam hati Tersimpan sampai mati.  Kau diibaratkan malaikat tatkala semua pujian adalah milikmu. Aku pula bagai anjing jalanan dilihat coba menyalak minta belas ehsan. Benar, ujian kita berbeza dan kini aku sedang jalani ujian aku. Cuma satu aku percaya, manusia pernah melakukan kesilapan dan silap itulah yang akan menghantuinya sampai nafas terhenti. 

D U A R I B U S E M B I L A N B E L A S

2018, setahun berlalu dan kini lembaran 2019 memainkan peranannya dalam melengkapkan bongkah-bongkah memori sepanjang tahun ini. Semoga tahun ini mencipta lebih banyak kenangan manis dan menjadi tahun terbaik berbanding sebelum ini.  Cuma, pastinya ada waktunya masih ada sisa kenangan lalu yang muncul dalam fikiran dan barangkali ia takkan pernah padam sampai bila-bila. Bagi saya setiap kali tahun bertukar, setiap kali saya tidak menanam sebarang azam.  Biarlah kehidupan itu berlalu bersama detik waktu cuma apa yang penting selalu ingin buat yang terbaik untuk kehidupan. Bukan saja membahagiakan diri sendiri tetapi turut membahagiakan insan lain dan memudahkan urusan sesiapa saja yang memerlukan. Hidup pun bukan selamanya kan? Untuk apa nak tamak dengan kehidupan. Takut nanti tiada apa yang kita bawa bila ajal menjemput pergi tinggalkan dunia. Benar, dunia adalah sementara.  Sebuah bidang yang Tuhan berikan untuk kita singgah sebentar jadi memang tiada apa yang sepat...