Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Hero Kening Tebal Senyuman Menawan

Minggu lalu, hati teringin sangat menonton kembali drama lakonan Song Seung Hun. Entah kenapa, rindu sangat dengan hero kening tebal bertemankan ukiran senyuman paling menawan. Mula 'jatuh cinta' dengan lakonannya sejak drama Autumn My Heart dan sejak dari itu, hampir semua drama dan filem lakonan beliau menjadi igauan.  Memulakan tontonan dengan drama My Princess, Seung Hun berlakon dengan heroin A list, Kim Ta Hea. Drama yang comel dan penuh dengan rasa romantik dan percintaan dua latar belakang berbeza. Mudah difahami dan boleh dianggap biasa-biasa namun mampu membuat perasaan tergoncang dek kerana emosi cerita yang tidak menentu. Hanya menghabiskan dalam masa empat hari, saya memilih pula drama When A Man Falls In Love. Kisah yang penuh tekanan. Bayangkan, kali kedua menonton, perasaan tertekan itu masih menguasai diri. Kisah cinta antara gadis biasa dan seorang bekas samseng. Kisah cinta tiga segi yang memenatkan tidak seperti My Princess.  Entahlah, WAMFI...

Terhenti

Saat separuh jiwaku pergi Saat itu juga aku tersentak Realiti di depan aku kini Berteman memori semalam yang tidak pernah pergi Meninggalkanku. Barangkali orang akan berkata, aku tidak mahu melepaskan  Padahal puas sudah aku abaikan perasaan yang berkunjung tiba-tiba Namun, ia kekal di situ Di sudut hati paling dalam. Benar, aku yang biarkan kenangan itu tersimpan Kerana ada liku-liku memori  Dan hanya padanya aku sandarkan Untuk aku ukir sebuah senyuman ketenangan.