Tulisan ini bukan kerana tidak menerima takdir tetapi saya nak abadikan dalam satu naskah untuk saya jadikan kenangan pada masa akan datang. Sepuluh tahun lalu, kami ditemukan di bangunan ini. Tingkat 4, Jabatan Editorial Berita Harian menjadi saksi bermulanya pertalian kami. Mula-mula bertemu adalah ketika kami sama-sama menjadi Wartawan kadet, pada 2008. Hanya sebagai kenalan baharu ketika sesi suai kenal dan kursus kewartawanan untuk Wartawan Kadet, kami menjadi rapat. Apatah lagi bila masing-masing peminat tegar drama Korea sejak zaman Winter Sonata ke Autum In My heart, My Girl dan paling menjadi sebutan ialah Full House. Dulu, sebelum berkahwin sempat tidur rumah Kak Ben sebab nak layan drama Korea. Ke sana-sini ikut dia yang suka keluar masuk kedai comel-comel. Bila dah kahwin dan pindah meja mahkamah dari 2009 hingga 2011 hubungan kami masih rapat tetapi jarang berjumpa. Kebanyakannya hanya bermesej dan berbalas status di FB. Tahun 2012 saya ditukarkan ke unit ...