B uat-buat lupa, waima terpahat dalam hati Buat-buat lupa, padahal melekat dalam fikiran Buat-buat lupa, kerap air mata bergenang Buat-buat lupa, sebenarnya tidak pernah. Dari sehari ke seminggu dan hampir menginjak sebulan Malah mungkin bertemu tahun demi tahun Namun, buat-buat lupa itu tak pernah wujud Kerana kau selalu ada dalam kenangan Kau mencipta kenangan antara kita Mana mungkin boleh buat-buat lupa Bila senyummu, lirik matamu, tawamu, kata semangatmu, keluh resahmu Selalu bermain saat aku inginkan. Tuhan, berikan rahmat Mu kepada dia Semoga duka laranya di dunia lenyap Disimbah cinta Mu yang tak sudah. A.S
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)