Pagi yang redup. Aku hanya mahu berseorangan. Tanpa siapa-siapa. Menghirup kopi kegemaran seorang diri. Walaupun sepi, aku tenang. Ya, kadangkala aku perlukan ketenangan. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Tidak mahu layan manusia keliling. Aku mahu rehat dari dunia yang sibuk. Tetapi aku juga benci dengan kesepian. Setiap kali mahu berseorangan pasti semua cerita dari hati terlontar di fikiran. Tidak pernah lupa dan tidak akan lupa. Biarlah apapun mereka mahu cakapkan, kerana itu hak aku untuk mengingatinya. Detik kehidupan yang aku sendiri alami. Hidup ini sukar namun berdepan dengan kematian lebih sukar. Hidup aku tidak sempurna mana. Banyak sudah aku lalui. Sama ada aku luahkan atau aku pendamkan saja sampai mati. Tidak semua boleh aku kisahkan di layar. Bukan mahu membangkit tetapi ada ketikanya aku berkongsi kerana mahu berkongsi. Mungkin saja boleh dijadikan pengajaran bagi sesiapa saja. Kita melalui hidup berbeza maka berkongsi cerita itu tidak salah. Ambil yang jern...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)