Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Cerita Duka

Cerita tentangmu sudah temui titik noktah Atau mungkin ada harapan kedua? Sukar untuk ditafsirkan. Namun, yang pasti dunia membuktikan Kau berkahir di gelora Hindi Seperti tidak menjanjikan kehidupan lagi. Kami pasrah ditemani derita Tatkala mengenang sayap gahmu terhempas jua Bukti kuasa Tuhan tiada tandingan. Kau pergi tanpa pesan Hanya memori tanpa nisan Apatah lagi liang lahad dan kuburan Hilang dalam sepi. Jiwa-jiwa dalamnya bersatu mengharungi duka Gugusan air mata tiada siapa yang seka Kerana kau MH370 dan nyawa-nyawa itu saja tahu Kisah tragis dirimu dibadai alam. azlinazmi/250314/BH

Kisah Duka MH370

Al-Fatihah.... Akhirnya tamat kisah tragis MH370. Berakhir sebuah cerita duka di Lautan Hindi. Semua spekulasi turut terkubur di situ dan sesungguhnya janji Allah itu pasti. Mati pasti tiba tidak cepat sesaat dan tidak akan lambat sesaat. Bagaimanapun, paling merobek hati bila mengenangkan dan membayangkan kejadian itu. Apakah yang sebenarnya berlaku dan bagaimanakah keadaan ketika itu. Sukar untuk ditafsirkan dan susah untuk difikirkan. Hanya mampu berpegang pada kata Sang Pencipta "Jadi... Maka Jadilah..." Sesungguhnya setiap perkara ada hikmah. Paling penting sekarang adalah doa untuk anak yang kehilangan ayah ibu, ayah ibu yang kehilangan anak menantu, suami yang kehilangan isteri dan sebaliknya supaya terus tabah menghadapi ujian maha besar ini. Semoga setiap urusan yang harus mereka tempuhi dipermudahkan Allah. Ramai lagi yang sedang menjalankan tanggungjawab ini yang memerlukan doa kita supaya mereka berupaya menempuh tembok kesedihan yang menimpa negara m...

Qaseh Gold Untuk Seisi Keluarga

Meh dapatkah segera daripada saya. Hubungi cepat di 0196085993.... Tawaran hebat Makanan sunnah terbaik! Tidak perlu bimbang dengan kandungan Makanan Sunnah Qaseh Gold! Menyelerakan dan memberi banyak khasiat ! Paling penting boleh dapatkan pada harga murah !!!! Hanya RM60 Untuk Junior RM70 Untuk Adinda/Kanda     Jom tempah laju-laju... Penghantaran pos turut disediakan.

Kenangan Itu Memori Dan Ia Menjadi detik Indah

Wahhh tajuk entri, bukan main dah macm ayat dalam novel walhal nak copy paste stats je... Apapun, terima kasih kepada yang meninjau, menjadi pembaca setia dan membelek helaian demi helaian muka surat dalam blog anakacuk ini. Moga, ada yang baik untuk ditauladankan, ada yang seronok untuk disenyumkan dan ada yang tidak molek untuk disempadankan. Sesungguhnya, tidak pernah menyangka ada yang sudi membaca blog ini. Moga Allah rahmati kalian. TERIMA KASIH!!!!! ageviews today 16 Pageviews yesterday 24 Pageviews last month 1,041 Pageviews all time history 14,222    

Tidak perlu berkata-kata, senyum sudah cukup!

   Menanti perkhabaran MH370 bukanlah satu pilihan paling mudah untuk dipilih kerana pilihan ini memerlukan ketabahan dan keyakinan diri terhadap Pencipta. Boeing 777 ciptaan teragung manusia adalah fakta. Jelas menunjukkan kehebatannya di ruang udara malah menjadi ciptaan terhebat seterusnya pelopor dalam pembinaan kapal terbang.    Namun, sebagai manusia, kembali ke fitrah bahawa ciptaan teragung adalah ciptaan Ilahi yang tiada tolok banding. Mungkin kita sebagai manusia lupa tentang itu. Terkhilaf tatkala kejayaan diraih. Alpa untuk sujud kepada Nya apabila kecemerlangan di dunia digapai dan dikecap sampai ke langit yang tujuh.    Lupakan tentang itu. Kerana pasti satu hari yang tidak tahu bila, MH370 akan ditemui. Teruskan tunduk kepada kekuatan dan kekuasaan yang  sedang ditayangkan sendiri oleh Pencipta kita dan alam semesta ini. Renung dan tenung apa sebenarnya yang sedang berlaku bukan menuding jari ke sana sini kerana empat jari je...

Kau MH370

Kutitipkan puisi sebagai kenangan abadi buat MH370 dan jiwa-jiwa didalamnya, MH370, Manalah pergimu kembalilah, kerna kami disini merindui Manalah hilangmu Datanglah, kerna kami masih perlukanmu MH370  Kau adalah antara yang terhebat Mustahil untuk kukatakan kau rebah Apatah lagi hilang tanpa musabab MH370  Kiranya kehebatannmu diuji Kami redha atas ketentuan Allah Namun, muncullah agar kami tahu Di mana kau sebenarnya.

Bicara Seorang Mommy

Wahai ana k yang mommy kandun gkan Fahamkan apa yang mommy bicarakan Nasiha t dan cerita tentang kehidupan Agar kalian sentiasa bersedia menempuh dugaan Hidup punyai dua pilihan I aitu memilih atau dipilih Apapun yang ada dalam genggaman Adunlah ia dengan cara terbaik Dalam hidup banyak pancaroba Hanya akhlak penentu segalanya Gunakan akal sebelum membidas Penuhkan ilmu sebelum membalas Kehidupan jalannya berliku Usah gusar mahupun bimbang Yakinlah dengan jalan Addin Pasti kesukaran selalu dipermudahkan Syarat mati adalah hidup   Quran dan Sunna h jadi bimbingan Jangan lalai alpa dan khilaf Kerna hidup tidah berpatah Wahai anak yang mommy kandungkan Semailah cinta rohani dan batin Supaya hidup berseri sentiasa Tanpa ada sekelumit benci Wahai anak yang mommy kandungkan Usah bajai hidup dengan riak Siram bersama benih kesyukuran Moga piliha n tiada kepincangan   Har moni hidup dunia akhirat. BH/5mac 2014

Kerana Kau Sahabat

Bersahabat ni bukan dogengan atau acah-acah. Sekali saya bersahabat biar sampai ke syurga. Alangkah Nabi Muhammad pun memegang kuat tali persahabatannya sehingga menitis air mata saat sahabatnya syahid di medan perang. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa. Bersahabatlah dengan mereka yang sukakan keindahan, kedamaian dan kegembiraan. Jauhi orang-orang yang bersahabat hanya bila kita mempunyai segalanya di dunia dan tinggalkan kita sendirian saat kesusahan menimpa. Setiap kali saya bersahabat, saya mahu ia terus mekar selalu walaupun jarang bersua muka, tetapi pesanan ringkas, perkongsian di media sosial menjadikan jarak kami dekat. Kepada sahabatlah kita berani bercerita apa saja kisah suka-duka dan saat bersama mereka diri kita adakah kita. Selalunnya bila dengan kawan baik maksudnya apa saja yang kawan baik tegur, marah dan gurau itu adalah tanda kasih dan cinta dia kepada kita. Lebih-lebih lagi orang perempuan ni. Persahabatan mereka lain macam. Baik mereka macam belangkas. La...