Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Sweet 30rd Mommy!!

Akhirnya genap 30 tahun bernafas di muka bumi Nya . Syukur alhamdulillah. 25 Februari bersamaan 25 Rabiul'Akhir yang jatuh pada hari Selasa, semalam bakal membawa be rjuta kegembiraan berte rusan sampai akhir nyawa.    Angka 30 barangkali menunjukkan kematangan kita sebagai manusia dan angka 30 juga memberi pengertian hidup yang telah ditempuhi dan akan dilalui .    Dengan harapan dan doa supaya denai-denai sepanjang kehidupan ini ditumbuhi rumput menghijau dan ditemai langit membiru disamping udara bersih nan segar.    Mungkin terlalu banyak mahu dikisahkan pada angka 30 ini. Namun cukuplah andai diri ini saja yang menjadi diari, menulis setiap catatatn dari sejak dilahirkan sampai ke hari ini. Ia tetap kenangan abadi, yang baiknya diteladani dan yang buruknya dipe rbaiki.    Bercerita tentang sambutan ke 30? Seperti tahun-tahun sebelumnya. Cukup bertemankan suami dan dua anak yang comel itu. Potong kek, ketawa sama-sama, nyanyi 'bi...

Jawapan dan Alasan

Mencipta alasan atau memberi jawapan? Mungkin dua perkara berbeza namun secara simboliknya ia adalah sama. Setiap pertanyaan memerlukan jawapan namun akhirnya, jawapan yang diberikan dianggap hanya alasan semata-mata. Dalam kehidupan ini, apa saja yang dicakapkan sering menimbulkan rasa kurang enak terutama untuk individu yang gigih bekerja sampaikan tidak pernah berkata tidak atau tidak pernah mengeluarkan seperenggan jawapan kerana ia dianggap umpama membina benteng 'menyelamatkan diri'. Bagaimanapun, secara ilmiahnya jika kita soroti Kamus Dewan Edisi Keempat, Alasan diberi maksud :- sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? Manakala Jawapan pula bermaksud :- j awab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ ...

Di Pintu Syurga

  Sekali lagi... Rindu nak dengar lagu ini... Rindu detik 7pm seperti selalu atau siaran ulangan jam 11pm menerusi blog blogger yang memuat turun drama Ariana Rose.... Kembali membaba semula novel Ariana Rose untuk imbau kenangan. Bacaan yang jitu sebab dah mampu berangan hahahahaha Teruknya angau ko mommy!!! Lirik ni best dan lagu mengancammmmm ... Patutlah, Tam spider komposer rupanya ;O Segalanya kaku Hati terus menangis Bila mengenangkan Dirimu telah tiada Kau pergi tanpa pesan Tinggal aku sendiri Menghitung hari Tiada daya Hilanglah sepi (Korus) Duhai kekasih hati Katakanlah padaku Bahawa semua ini Hanya igauan mimpi Aku tak sanggup kasih Kehilangan dirimu Walau sedetik rindu mencengkam Terasa pedih Ulang Korus Doaku kasih kita bersua Di pintu syurga Komposer: Tam Spider Lirik: Iman Imran

PUISI KECUNDANG

Kau dan Aku Masih Di Landasan Sama Malam ku ngigau Siang ku angau Gara-gara kau Selalu hadir dalam igauan Bila tersedar Mimpi musnah Yang ada cuma bayangan rindu Namun dirimu Kan selalu ada dalam hati Tanpa pernah jemu.... ~~~ Gara-gara sesak di atas jalan raya sebelum dan sejurus keluar tol Sungai Besi pagi ini, maka terciptalah kata-kata ini bagi menghilangkan rasa ngantuk akibat kerja lebih masa malam tadi ~~~

imissu

Walau aku senyum bukan bererti Aku selalu bahagia dalam hari Ada yang tak ada di hati ini Di jiwa ini hampa Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cobaan hidup Seakan aku hina Tuhan berikanlah aku cinta Untuk temaniku dalam sepi Tangkap aku dalam terang-Mu Biarkanlah aku punya cinta Tuhan berikanlah aku cinta Aku juga berhak bahagia Berikan restu dan halal-Mu Tuhan beri aku cinta Ku bertemu sang adam di simpang hidupku Mungkin akan ada cerita cinta Namun ada saja cobaan hidup Seakan aku hina Tuhan berikanlah aku cinta Untuk temaniku dalam sepi Tangkap aku dalam terang-Mu Biarkanlah aku punya cinta Tuhan berikanlah aku cinta Aku juga berhak bahagia Berikan restu dan halal-Mu Tuhan beri aku cinta -lirik

10 Tips Keibubapaan Dari Dr Muhaya

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat. 3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu...