Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

PINJAM

Pinjam dari pelbagai sudut Dipinjam, meminjam, pinjaman Semuanya menjadi satu Rumit untuk diluahkan Hati tak rela Hati hanya pasrah Hati mengikut rentak Kerana mulut yang berkata YA Bukan hati Harapnya semua pinjam itu Seketika Habis langsai Kembali ke asal  dengar lagu ni bagi hilang tekanan kekeke  

Syukur kena Ikhlas, Fikir Perlu Positif Pasti Kita Temui Bahagia

 panjang sungguh tajuk entri kali ini ... Ia sebagai pendapat dan pengalaman selain merumuskan apa yang cuba diperkatakan semua orang... Rasa syukur semata-mata tanpa wujud rasa ikhlas, mungkin tidak berbaloi. Sebelum utuhnya Iman seseorang itu, rasa ikhlas haruslah dibaja dan disiram supaya ia menjadi sebati dalam jiwa dan akhirnya wujudlah rasa Iman yang mantap tanpa perlu diperlekehkan lagi. Seperti saya, baru nak belajar menjadi sang ikhlas sejati. Tidak mahu yang tidak-tidak lagi atau kata lain, hanya syukur pada mulut namun tak pernah redha dalam hati. Bersyukur dan terus bersyukur walaupun sedang menghadapi kedukaan mahupun kesusahan. Harus percaya di celah-celah kemiskinan dan kepayahan masih mempunyai denai untuk kita mencari sinar baru. Kebahagian akan muncul diakhir jalan cerita sekiranya kita kuat menempuh dugaan mencabar. Bersyukur menjadi hamba Nya yang terpilih untuk menghadapi ujian Nya kerana Tuhan tidak akan menguji di luar kemampuan. Duit? Kesena...

Cinta Jannah part 3

hahahaha memang sah penulis blog ini sedang kemaruk dengan drama ni. Jom hilangkan debar dan perasaan kacau-bilau menunggu episod akhir hari ini :-   ~~~ harap entri ini diterima dengan pasrah sebab yang menulis memang sedang kemaruk hohohoho ~~~

Cinta Jannah Part 2

Eh ada part 2 pula ler kan hehehe Episod terakhir Cinta Jannah... oh tidakkkk kenapa perlu berakhir dengan sedih? Kenapa sengaja buat saya sebagai penonton geram? sakit jiwa? hmmm cerita ni macam perlu tambah dua episod lagi sebab ada beberapa yang perlu dihuraikan. cewahhhh (silalah buat skrip azlin oiiII) Bukan apa, ada beberapa perkara yang kurang jelas dan macam 'hish, takkan lertak perasan! tak tahu! dan tak tak lagi... 1) Kenapa masa kawan Izaril dengan tunang dia a.k.a kawan si Jannah datang rumah masa Izaril pengsan kat tepi kolam, kawan si Jannah tu takkan tak nampak bingkai gambar Jannah dekat dalam bilik Izaril? 2) Takkan, atok, nenek dan paksu Izaril tak tahu pasal Izaril jatuh sakit masa ditinggalkan si Jannah. At least boleh si paksu tolong kan kan kan 3) Kenapa si Sufian tak beritahu ayah Jannah pasal dia jumpa Jannah dan kenapa juga paksu tak jumpa mak Jannah beritahu yang Jannah dah jadi anak buah ipar dia? Padahal bukankah paksu tu ustaz ya...

Apabila Petang Menjelma

Saat-saat ini, hanya dua wajah kesayangan mommy bermain di ruangan mata. Walaupun mata layu menahan ngantuk, akan mommy gagahkan diri untuk balik dengan selamat bagi menemui dua budak hitam di bawah :- menanti detik itu detik pada jam dinding yang bergerak dari angka ke angka sampai satu angka yang dinantikan sangat bukan apa, mahu segera pulang bekejaran bersama putera dan puteri jantung dan hati seorang bergelar ibu itulah pendorong hidup melakasanakan tugas harian yang pelbagai namun akhirnya hati jatuh mencair saat terkenangkan anak-anak di rumah cepatlah jarum bergerak ke angka sepatutnya agar selesai hari ini bersama pekerjaan waktu menjadi pekerja anak-anak moga mereka tidak lupa ibunya masih setia menanti waktu untuk bertemu acapkali.... ~~~ haaaa amik, sempat den buat sajak suka-suki yang hmm suka hati ler... kata seni itu indah dan seni itu lahir daripada hati... Ni hasil seni ...