Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Ruang-ruang kosong

Di ruang-ruang kosong ini, wajar jika diisikan dengan rimbunan kisah sedih dari drama berepisod. Belum habis menonton tetapi sudah fanatik dengan lagu-lagu OST milik I Miss You ... ~~~ Entri hari ni melankolik je sebab mengantuk ~~~

Citam 1.0 & Citam 2.0

pic: google Perihal si anakacuk yang dua ini. Baik Aniq mahupun Ruhee. Kedua-duanya sama naik. Sudahlah rupa tiada beza, perangai pula hampir sama. Kalau tak sama pun sangat serasi. Bagai telefon dan 'bleutooth'nya! Perumpaan moden digunakan memandangkan anakacuk lahir di alam moden. Jika diubah ke bidalan lama bagai isi dengan kuku lagaknya... Hehehe (bermadah pujangga pula mommy di tengah hari yang mengantuk) Ya, mengantuk tatkala jari jemari tak berapa runcing ini menaip satu persatu huruf di atas papan kekunci. Bayangkan sekejap..... dan kalau ada kesilapan ejaan atau ayat itu bermakna si penulis memang mengantuk! Berbalik kepada kisah anakacuk mommy dan daddy ini apabila, kedua-duanya seakan memahami satu sama lain. Tak tahulah macam mana mereka ni boleh 'contact meng'contact'? Contoh, kalau si abang tidur-adik bangun dan kalau abang bangun-adik pula tidur. Jadi yang menjadi mangsanya mommy! Sebab kalau macam itulah gayanya, di mana...

Arah

pic: google Cuba mencari arah Kelam-kelam kelihatan rata Tiada berbukit tetapi berbelit Cuba tanya pada diri Benarkah itu jalan hakiki Berbelit dan berbengkok Tiada lagi lurusnya Cuba melihat dalam-dalam Jalan itu tiada lagi Lenyap tiba-tiba Cuba menggapai bayangan Yang kian menjauh Terus meninggalkan Diri di dalam kegelapan. azlinazmi/BH/310113

Koma-koma kehidupan

Tajuk entri yang agak puitis di situ (perasan sendiri jap)... Apakah? hmmm meniti koma-koma kehidupan sebelum 4 Februari menjengahkan wajahnya! Bermacam bermain di benak walaupun hujung minggu pada minggu itu juga diisytiharkan sebagai hari bergembira :( ... Bergembiranya adalah bersama keluarga sebelah suami tetapi bersedihan di sebelah keluarga diri sendiri... Ohhh betapa perlu aku mendapatkan dua wajah saat itu. Wajah senyum dan wajah sedih atau wajah kepuraan-puraan atau wajah tangisan yang diselindungi senyuman. Mahu tidak mahu, koma-koma kehidupan sebelum sampai 4 Februari itu perlu dihadapi. Keluarga suami pertama kali dalam sejarah mengadakan 'Family Day' atau 'Family Gathering' sempena kepulangan sekejap, percutian uncle dan aunty dari London. Sementara itu, keluargaku pula sedang menanti keputusan-keputusan yang mana ia adalah soal kehidupan yang bakal dilalui selepas itu. Ohhh walaupun tersenyum, masih tercalit kesedihan di situ... Apapun, dua acara ber...

Semua Benda Boleh Berkata-Kata

Apakah??? Semua ye semua yang ada disekeliling kita. Walaupun kita diam saja tak pernah kacau, cuit orang sekeliling tetapi satu masa, kita kena hembus dengan ribut taufan! Why Why Why!!! And once we know that, finally u won't be my friend anymore termasuk kerusi, meja, PC, dinding, kipas dan sebagainya. Mengapakah manusia seperti benda dan benda seperti manusia? Sangat mendalam maksudnya (cehhhh konon je ni) Hmmm apakah tujuan entri ini ditulis eh taip? Jawapannya? Ohh sebab sudah tidak cukup idea dan mahu luahkan sesuatu yang tidak pasti. Wahai manusia, sesekali jadilah jujur dan bersifat insaniah tatkala mendengar luahan dan masalah seseorang. Walau kau tak seakrab mana, tetapi cubalah menjadi jujur dan amanah. Tanamlah sikit sikap amanah tu kot ye pun. Ni baru beritahu sikit rahsia dah kecoh sekampung and the last, that person yang kena balasan. Kesian kot kat orang. Takmau gitu. Kalau masa belajar dulu, kita tolong dia buat assignment, dia cakap itu semua dia yang bu...

M I M P I

Mimpikan dia Entah kenapa tiba-tiba  Mungkin siang tadi fikirkan dia Teringatkan dia Barangkali kelmarin berbicara tentang dia Rindu dia Walaupun tahu dia masih di sini Namun tidak pernah ketemu.... Ya, dia sudah pun bahagia. Maaf.....

Samsung Golden Disc Award 2013

Apa itu GDA? GDA adalah singkatan daripada Golden Disc Award yang dikelolakan oleh Samsung. Kenapa nak cakap pasal GDA? Sebabnya mudah, untuk tahun ini GDA diadakan di Sepang, Malaysia!!! Ye, Malaysia wahai kawan-kawan. Alahaiiii walaupun diadakan di negara tercinta ini, masih juga tidak dapat menikmatinya. Kenapa? Mestilah sebab saya ni bukan bujang. Saya ni Mommy pada dua anakkacuk hahaha... Kalau bujang? Mestilah dah pergi tapi beli tiket yang murah lah. Sebab? hahaha mestilah sebabnya tiket-tiket semua mencecah hingga 800-900 (RM).... Tak apa, dapat merasai debaran konsert yang diadakan di pentas GDA menerusi Youtube yang di upload dari fancam sudah mencukupi. Sampai tersengih-sengih sendirian pabila CN Blue terutamanya, ditemuramah oleh wartawan pada malam kejadian. Mana tidaknya, rasa macam diri ni ada kat situ... Wahhhhhh hebatmu Mommy oiiii Lepas tu, ke clip yang menunjukkan persembahan bertenaga si Hongki (FT Island)!!! Serius saya memang kagum dengan suara bel...

Aniq Raheel Ft. Ruhee Ayra

Bila Aniq Raheel bersikap sangat prihatin, hati seorang bergelar mommy (Eh, iols lertu kan... hohoho) memang rasa sangat "ohh anakku, kau sangat cute".... Menarik bila Aniq pandai berborak dengan si Ruhee Ayra. Si Ruhee lak bukan main gedik ler melayan abang dia berborak. Bebeno sangat mereka sembang sampai mommy kat dapur yang tengah masak ni, tersalah masak. Macam mana tuh? Haaaa... Inilah nak cerita, last week, on Saturday, masak luncheon.... Kononnya nak masak kari ayam, lama tak makan. Cehhh macam biasa, siap semua rencah bagai, panaskan minyak sume, tumis itu ini. Masuklah si rempah kari. Kebetulan rempahnya tingga sikit je. Habiskan terus. nak buka lagi satu paket, kebetulan pula nak tengok anak-anak (Semua nak buat dalam satu masa kan... Super mommy katanya!!) Haaa haaamikkkkkauuuuu sebab nak jadi super mommy sangat, rupanya duk leka gunting tuang sapaket rempah kurma hahahaha Jadinya, tengah hari harmoni itu, anak beranak (bertiga) ni makan nasi berla...

Warkah Untuk Adik

Lama pula tak bermadah pujangga.. Tetiba pagi-pagi ni terasa nak menulis. Hmmm teringat zaman sekolah, subjek penulisan. Ada satu soalan mengenai "Tuliskan sebuah surat....." Nak tulis kononnya untuk adik. Cehhh akak di perantauan nak nasihatkan adik lertu... Inilah hasilnya,  pic:google pic google Assalamualaikum adik, Kakak harap warkah ini dapat memberi adik inspirasi untuk berubah ke arah kebaikan. Adik, apapun yang pernah adik lalui terutama yang membuatkan mereka sekeliling adik sedih, runsing dan terusan menangis usahlah adik bimbang. Apa yang perlu adik risaukan ialah bagaimana untuk adik buktikan bahawa adik sudah berubah. Adik, Satu saja pinta kakak, usah lagi melangkah ke masa silam mu. Jangan pernah cuba melakukan perkara yang boleh membawa diri adik ke jalan mungkar. Jalan yang tidak akan direstui mak dah ayah. Jalan yang tidak mungkin diberkati Allah. Jalan yang tidak akan pernah menjadi pilihan mereka yang berakal. Adik, Ja...

D I A

makan tahun tapi entah kenapa tidak pernah lupa hanya sebentar tapi entah kenapa kekal di hati mungkin saja ini dikata cinta pandang pertama sekali pandang terus kekal sampai mati sakit menahan bila terkenang putaran memori yang sesaat tetapi terkesan dalam jiwa  dalam perasaan yang tak terluah

2013!

2013! Alhamdulillah masih diberi kesempatan merasai arus 2013... Hari kedua dalam tahun ini. Moga hari kedua yang memberi berjuta erti pada diri sendiri dan keluarga khususnya, dapat dikekalkan sampai bila-bila... pic: google Mustahil untuk lupakan detik dipenghujung 2012! tapi, ia adalah sejarah yang akan kekal sebagai sejarah. Yang takkan terpadam takkan terluput daripada ingatan. Cuma, ingatkan ia dan jadikan ia sebagai pengajaran paling berharga dan bermakna supaya ia tidak diulangi lagi. Salam tahun baru untuk semua ~~~ Kadang-kadang setiap bahana yang menimpa ada hikmah disebaliknya.... ~~~