Entahlah... sudah lama tidak menulis. Bukan lagi tidak mahu cuma tiada lagi yang menarik untuk aku rangkapkan baris demi baris. Diari kehidupan yang semakin membosankan, ya barangkali itu jawapannya. Tiba-tiba saja hari ini terdetik nak buka blog bersawang. Cuma mencari kembali rasa ingin menaip. Menaip rasa yang tak terluah dengan kata-kata kerana hanya mampu membaitkan dalam setiap ayat dan baris. Sejujurnya, hati ini tak pernah sembuh. Hati ini sudah acapkali kecewa dan kecewa yang tiada henti. Namun, hati ini jugalah yang menahan rasa kecewa dengan menyimpul kata-kata keramat supaya ikhlas dan terima takdir Allah swt. Bukan tidak menerima takdir cuma tidak mampu melepaskan sesuatu yang sentiasa menyakitkan. Kisah cerita yang adakalanya diandaikan sudahpun selesai dan ada ketika menantikan episod seterusnya. Ingin bahagia sedangkan bahagia sudah digenggam, ingin tersenyum sedangkan senyuman selalu terukir. Ada apa dengan cinta? Apa lagi yang diharapkan sedangkan masa suda...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)