Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

HUJAN DAN MEMORI

  Hujan itu kadangkala meresahkan diri kerana setiap titisan hujan terkandungnya gambar memori masa lalu, berputar bermain antara titis-titis hujan sehingga membuatkan aku terus terpana dan terkenang, Bukan mudah untuk aku melupakan apatah lagi meluputkan dari ingatan dan hati. Bukan mudah juga untuk aku berjalan terus walaupun cengkaman memori itu kekal abadi dalam diri. Namun, dalam kepayahan itu, aku tetap berusaha bangkit cuba melarikan diri daripada terus mengenang memori luka itu.  Terus cuba untuk tidak bangkitkan dan terus cuba untuk mengelak dari dibahaskan kerana apabila saat itu hadir, biarlah ia muncul seperti bayangan yang datang sekadar sepintas lalu. Tidak semua mendapat kehidupan yang didambakan. Tidak semua menggapai kehidupan yang diimpikan. Tidak semua merasai kenikmatkan dalam sebuah kehidupan.  Cuma, aku berusaha untuk terus berdamai dengan takdir kerana aku percaya ada hikmah yang indah dan mungkin saja sedang akan rasai dan nikmati tanpa aku sedar. ...

G U M I H O (Gumiho)

  Mia, nama si gadis yang baru saja menginjak usia 18 tahun. Kecil molek saja orangnya. Rambut lurus dengan warna kulit kuning langsat. Jelas terpancar keayuannya. Biasalah, remaja zaman sekarang, minat sungguh dengan idol dari Korea Selatan. Kalau boleh setiap hari menghadap portal Soompi dengan Kakimuvie sambil itu layan pula Spotify. Begitulah rutin harian si Mia. Si gadis ini baru saja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan keputusan pun sudah diperolehinya. Walaupun sibuk dengan Korea, tetap memperolehi keputusan yang baik. Tak mahulah cerita panjang bila mana hobi dan pelajaran seiring, kata orang. Mia ada seorang kenalan, namanya Kif. Tak pernah bertemu dan hanya berhubung melalui emel. Unik sangat. Mana ada abad ke 21 ini orang berborak guna emel. Mia dan Kif kenal hampir empat tahun. Mereka banyak berbual mengenai masa depan. Selain itu, Kif selalu mengajar Mia subjek yang Mia kurang arif. Kiranya Kif ini lebih senior daripada Mia. Musim silih berganti, perken...

PILIHAN

  “ Someone's sitting in the shade today because someone planted a tree a long time ago. " - Warren Buffett Perbezaan kehidupan setiap orang itu berpunca bagaimana dia menguruskan kehidupannya dari awal. Bagaimana dia mengatur setiap langkah supaya sejajar dengan keperluan yang diidamkan bukan saja untuk hari ini tetapi 10-20 tahun akan datang.  Sama ada tercapai atau tidak, dia tidak fikirkan semua itu kerana apa yang penting dia sudahpun siapkan sedaya yang boleh.  Adakah kita memperbaiki dan memulakan langkah semula untuk membetulkan keadaan supaya masa depan lebih terjamin? Adakah kita rasa cukup sampai sini dan berhenti tanpa memikirkan apa-apa malah sahut sahaja risiko yang bakal wujud di hadapan?  Adakah kita sekadar menerima cabaran dan mengikut saja hayunan tamparan tanpa ada rasa untuk perbaiki diri atau ia sekadar usaha yang tiada arah atau biarkan saja? Tepuk dada tanya selera kerana ketiga-tiga persoalan ini mempunyai cerita tersendiri bag...

MEMORI DAN RINDU PUN BERSATU

  Kerinduan ini bagaikan hembusan angin pantai, meniup perlahan dari kejauhan luasnya lautan namun rasanya terlalu nikmat. Sama juga seperti aku menyimpan rasa rindu buat kamu yang entah ke mana. Hilang tanpa jejak, cuma yang tinggal hanya bisikan-bisikan kenangan yang kedengaran sayup dari dalam jiwa.   Suara yang kian lenyap cuba untuk aku ingat semula supaya tidak terkubur bersama rindu kesumat. Entahlah, sudah tiada apa lagi harus aku ungkapkan selain kata pasrah dan menyerah. Barangkali ini adalah takdir yang ditentukan buat kita, hanya saling merindui dan mengingati cebisan memori bersama rindu di hati.   Mungkin saja, aku saja merasainya bukan lagi kamu yang jejaknya entah ke mana menghilang. Ada bagaikan tiada, bayang-bayang yang kian kelam tenggelam dalam kabus malam gelita. Namun, aku tetap di sini menyandarkan kenangan yang ada untuk terus melangkah menikmati sisa-sisa kegembiraan di muka bumi Tuhan, sebelum nyawaku terknoktah di sini.