Dr Cha, Kdrama terbaharu yang penuh penangan. Penangan perkahwinan dan penceraian. Sungguh, dalam perkahwinan ia tidak menjanjikan sama ada kau akan bahagia atau derita. Perkahwinan menjanjikan kau akan lebih kuat dan tabah kerana perkahwinan itu tanggungjawab dan amanah. Tidak kiralah, perkahwinan yang kau mulakan itu adalah kerana cinta, jodoh mahupun terpaksa. Mungkin ada dalam kalangan kita menjalani institusi perkahwinan itu kerana saling mencintai, ada juga kerana beranggapan ia jodoh daripada Allah SWT dan ada juga kerana dipaksa atau terpaksa. Walau apapun dasarnya, perkahwinan itu takdir. Takdir yang telahpun Allah SWT tetapkan sejak dari Luh Mahfuz. Pasangan kita adalah ujian kita dan sejauh mana kita berupaya membawa bahtera rumah tangga itu juga adalah takdir. Takdir yang tidak boleh dilawan oleh apapun situasi. Dalam meniti perkahwinan, akan tiba satu fasa di mana ia lebih kepada kebergantungan di mana perkahwinan yang dibina harus dipertahankan kerana rasa bergantung...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)