Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Cerita tentang mereka

Anak-anak kacuk yang kian membesar. Aniq Raheel sudah pun menginjak ke usia lapan tahun. Ruhee Ayra dan Akif Raheel pula kini berumur enam dan tiga tahun. Bermacam ragam, bermacam karenah.  Masa terus berlalu. Bila ada yang bertanya, “tidak mahu tambah?,” buat masa ini jawapannya, “tidak”. Memadailah tiga anakacuk yang mampu menghiruk-pikuk rumah dan cukuplah tiga anakacuk yang berupaya menjadikan hari-hari mommy huru-hara. Tetapi, itulah keindahan yang tidak akan berulang. Satu hari pasti mommy akan merindui karenah tiga anakacuk dan sudah pastinya satu hari kelak, hidup mommy akan sunyi. Dan saat itulah kenangan yang sedang dicipta kini akan bermain di ruang mata satu hari nanti. Mommy cuba beri yang terbaik dan moganya kalian bertiga juga berusaha untuk menjadi yang terbaik. Harapan mommy cuma satu, bermuafakatlah antara kalian. Senang bersama dan susah tetap bersama. Jadilah anak-anak yang beragama dan mengikut ajaran Allah.  Paling penting, buatlah ya...

Rindu cinta pertama

Pada angin aku bisik kata rindu Antara bahagia dan sedih Bahagia kerana kamu ada dalam hatiku Sedih kerana aku tak mampu miliki hatimu Cinta pertama adalah cinta paling indah dan sangat hebat. Beruntung bagi mereka yang menjadi cinta pertama kerana rasa cinta itu tetap akan ada walau masa terus berlalu. Hanya pada memori tempat bersandar, mengenang suka dan lara. Namun, usah hanyutkan diri dengan perasaan cinta pertama itu. Biarkan ia kekal dalam hati walau di sudut paling dalam. Pandang ke depan dan lihatlah cinta terakhir di depan mata. Dia yang sentiasa percaya dan ada bila-bila masa kita memerlukannya.