Imam Syafie' r.a mengatakan "Jika kamu meletakkan pergantungan harapan kamu, penyandaran hati kamu kepada makhluk, maka ketahuilah kamu sedang menyandarkan kepada sesuatu yang lemah yang sentiasa mengecewakan dan menghampakan kamu". Kenapa manusia sentiasa merasa hampa? Dia merasa kecewa dalam perhubungannya? Kerana dia meletakkan pautan hati dan juga sandaran jiwa yang salah. Apabila dia mencintai, 2 (orang) itu mencintai dengan sepenuh hati sehingga di mana cinta Allah s.w.t? Di mana cinta kerana Allah s.w.t? Dia tidak meletakkan cinta tersebut cinta kerana Allah s.w.t. Bermakna dia letak cinta itu hanya kepada emosinya, maka apabila ianya terusik maka emosinya akan menaik, emosinya akan meluap, akan meningkat kemarahan, kedengkian, permusuhan, kadangkala ia boleh membawa kepada pembunuhan, kadangkala ia boleh membawa kepada bunuh diri kerana terlalu berputus asa. Sebagai satu contoh, suami dan juga isteri. Allah s.w.t CEMBURU jika ada mana-mana daripada ...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)