Sebenarnya kejayaan dicipta bukan saja menerusi sekuat mana seseorang itu bekerja untuk memperoleh kejayaan tetapi bagaimana seseorang itu bekerja dengan berhemah. "Work Smart" cukup sudah dua patah kata itu menunjukkan bahawa setiap kejayaan tidak perlu didampingi dengan tekanan. Untuk apa berjaya sekiranya cara kerja yang dilakukan amat kuat? Penat hingga lelah? Takut nanti belum sempat mengecapi kejayaan terulung, kita rebah di bumi. Kejayaan boleh membawa seseorang menjadi senang, kaya. disegani dan dihormati. Bagaimana kekayaan yang kita mahu adalah mengikut apakah kejayaan yang kita gapai. Kekayaan dan kejayaan bermula apabila seseorang mula berimpian dan bercita-cita seterusnya berusaha untuk menggapai impian yang tinggi melangit. Namun, sesekali renunglah tanah yang dipijak. Lihatlah apa benar usaha kita itu menunjukkan jalan yang benar. Apa sebenarnya yang kita mahu sekiranya kita kaya dan berjaya? Fikirkan sejenak. Untuk apa?...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)