Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan Julai/Ogos 2013 sangat tenang berikutan kami suami isteri mengikut perancangan tahap satu hehehe... Tahap satu tu sama je dengan kelas pertama atau pangkat satu yang mana, perancangan terbaik Sudah menyiapkan urusan pakaian anak-anak (itu paling penting kalau raya kan- budak-budak yang beraya sekarang ni) awal seminggu sebelum Ramadhan hadir, membuatkan laluan sepanjang Ramadhan kami kali ini tenang tanpa perlu kelam kabut dan sebagainya. Paling seronok, tempahan baju kurung dan baju melayu raya untuk keluarga juga siap dilakukan. Jadi tak payah risau nak cari baju siap terutama baju lelaki-lelaki ini. Seperti tahun-tahun lepas, awal Ramadhan kami pulang ke Muar. Sambil berehat dapat juga merasai terawikh dan witir 23 rakaat di surau depan rumah dan dapat makan masakan mak dan ayah. Empat hari tiga malam di Muar sudah cukup untuk Ramadhan. erkkk tapi sebenarnya kalau lebih lagi, lagilah cukup Gambar memori Ramadhan ini :- Hari ketiga b...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)