Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Marilah Mari, Pergi Mengundi ...

Setiap manusia di muka bumi ini memang dilahirkan oleh seorang ibu sebaik saja rezeki dan amanah dipertanggungjawab ke atasnya oleh yang Esa. Tetapi harus selalu percaya walaupun ibu melahirkan, akal fikirannya tidak sama sebab ibu mereka tak sama hahahaha pembukaan yang perasan sendiri (mcm best) Bukan itu nak diceritakan cuma nak cerita pasal Pilihan Raya yang akan menjelma dalam masa tiga empat hari ini. Semakin rancak, bermacam ragam dari semua sayap parti yang bertanding. Paling penting bendera, bunting dan banner parti masing-masing siap sedia dipacakkan, sudah berkibar dengan semangat kemenangan. Cuma yang pasti menjadi juara hanya satu. Siapa pilihan hati anda? Biarlah rahsia. Yang mustahak, pilihlah yang terbaik. Hmmm... Musim macam ini boleh buat suami-isteri berkelahi, adik-beradik merajuk, ayah-anak bermasam muka, sahabat-teman bertelagah dan macam-macma lagi. Semua ada pendapat masing-masing. Tapi pastikan jati diri anda tetap satu. Cintakan Agama, Sayan...

JUMAAT

Mengisi kerunsingan bersama alunan muzik dan lagu di bawah :- ~~~ ngeh ngeh ngeh .... nampak sangat suka dengan drama yang bermusim kan kan ... ~~~

Kesenangan

Siapa tak mahu senang. Senang dalam hidup. Senang dalam kerjaya. Senang untuk kesenangan ;p Itulah langkah yang mahu diambil. harapnya satu saja, BERHASIL. Setia menjadi penunggu kepada kesenangan demi masa depan keluarga khususnya anak-anak yang kian membesar. Bukan tidak puas dengan apa yang ada cuma mahu lebih mantap kerana dunia hari ini semua perlukan DUIT. Nak masuk tandas pun kena bayar apatah lagi nak beli beras, sayur dan sebagainya. Mahu menuju status negara maju!! Tapi sayang kiranya manusia seperti saya masih berada di takuk sama. Tak berganjak. Situ saja tahap kehidupan. Kita tak tahu jaminan masa depan negara ini jadi lebih baik bersedia. Ya, berani sajalah ambil risiko. Kalau menjadi, itu rezeki kalau tidak, pandai-pandailah memulangkan semula apa yang dipinjamkan. Janji kena menuju usaha itu, cuba dan berdoa supaya semua berjalan lancar. Seperti yang dirancang :) ~~~ kadang-kadang perlu berani berhadapan kegagalan kerana untuk mengecapi kejayaan buk...

Hari Silih Berganti

Hari yang dinanti akan tiba jua. Hujung minggu ini semuanya bermula.  Rasa gembira dan sedih bercampur baur Turut hadir rasa takut dan seronok Mak Ayah dan kaum keluarga bakal berangkat ke Kota Suci Makkah Menanti detik yang pasti,  Berdoa semoga semuanya selamat Perginya mereka dan kembalinya mereka Mendapat umrah yang mabrur Haaaa... Sesak nafas nak menunggu waktu itu Pertama kali mak dan ayah berjauhan dari kami lima beradik :'( ~~~ Masa mereka sudah menghampiri, InshaaAllah jika diizinkan mahu juga ke sana ~~~