Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

HAPPY BIRTHDAY! utk diri sendiri ;p

Wahhhh masuk saja pejabat dari tugasan luar terus buka mukabuku dan emel semak ucapan ulangtahun kelahiran ke-29. Alhamdulillah, masih diberikan peluang bernafas di muka bumi Nya. Terima kasih untuk semua yang mengucapkan salam ulangtahun kelahiran dan mendoakan yang terbaik untuk saya. Semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat Allah sampai akhirat :) Hadiah paling menarik hari ini, membuatkan hati seorang mommy terharu dan tersentuh apabila Aniq Raheel mengucapkan 'happy birthday mommy' di kala pagi hari tadi. Walaupun mommy tahu, daddy yang suruh Aniq, tapi Ya Allah, itulah hadiah paling bermakna untuk tahun ini! Tahun lalu Aniq belum faham sangat,. sekarang Aniq dah faham apa itu birthday! Siap cakap "Nanti Aniq belikan kek".. (kekeke ayat Aniq, semua 'Aniq belikan' hahaha) Tapi awak fahamkan Aniq penggunaan ayat itu dan kek itu untuk birthday! Terakam indah di memori mommy pastinya akan mommy ingat sampai bila-bila sayang! Ucapan daripada Aniq b...

Pertengkaran Berbentuk Tulisan

Kenapa manusia suka sangat bertelagah? Memang ada benarnya kadangkala bertelagah atau bertengkar mulut itu boleh merapatkan silaturrahim. Cuma kadang-kadang, ayat-ayat cinta telagah yang terkeluar dari peti suara kita boleh mengakibatkan jantung, hati, limpa dan paru-paru orang kedua sakit, bernanah dan luka berdarah. Seterusnya apa yang berlaku? Hmmm sudah tentu, terus-terusan bertengkar!!! Siapa yang sabar, dialah yang berhenti dulu. Diam seketika biarkan keadaan kembali pulih. Peliknya, benda atau perkara yang menjadi isu pertengkaran mulut ini selalunya tidaklah sehebat mana. Tidak sampai menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam pun!! Tapi gaya pertengkaran ada sebab tak mampu mengawal emosi yang menggila. Bertelagah di laman facebook. Letak satu status, post gambar kemudian seseorang komen. Orang kedua tak puas hati, balas komen mengikut citarasa hati. Datang pula orang ketiga tempiaskan rasa tak puas hati dengan orang kedua. Orang pertama 'back up' orang kedua. Ha...

Family Gathering

Some pictures in 50's wedding anniversary aunt and uncle Kunjiraman was held at The Puteri Pacific Johor Bahru on February, 9th 2013 Aniq and Ruhee's cousins Aunty Normah's family All of us The Family's reunion Lovely Family From London

Cuti-Cuti Raya Cina

Selesai sudah percutian anak-beranak bersama keluarga masing-masing di Johor Bahru. Memulakan perjalanan dari Seremban pada 9 Februari sampailah ke 11 Februari kembali semula ke Seremban. Penat? Usah cakaplah! Mestilah penat tetapi penat yang berbaloi walaupun tidaklah berbaloi sangat hmmmm.... Kenapa ada yang berbaloi dan tidak? Meh kongsi cerita sikit pasal cuti-cuti Malaysia kali ini... PENAT BERBALOI 1. Seremban-JB-Singapura-JB-Muar-Seremban = Nampakkan berbaloinya percutian kali ini. Semua tempat dapat pergi. Seronok sebab Sabtu malam dari Seremban terus ke Taman Suria, JB, singgah rumah uncle Krishnan (Uncle suami), makan-makan sebelum ke The Puteri Pacific JB. Lima jam perjalanan, mestilah lapar dan bila sampai rumah uncle, dihidangkan dengan nasi beriyani WOW!!!! Perut lapar kebuluran dapat diisi dengan penuhnya tengah hari itu. 2. Kemudian, lebih kurang jam 3 petang, empat beranak terus ke hotel penginapan, sama tempat dengan surprise occasion u...

Citra Tinta Cinta

Inilah gara-gara mendengar lagu-lagu asyik dari OST Faith dan I Miss You/Missing You... Terus terkeluar kata-kata indah (eh, perasan indah....) Indah pada diri ini walau orang lain yang membacanya "Hish.. biasa je... jiwang karat je ni.." Ok fine, me it's me hehehe memang jiwang kalau tak macam mana nak tulis puisi cinta sambil taip sambil dengar lagu cinta, katanya... Hidangkan laparku dengan cintamu Hilangkan hausku dengan sayangmu Hapuskan airmataku dengan pelukanmu Agar diri ini utuh  Cekal menerima dugaan Jika kau sentiasa ada disisi Cinta Cintailah aku sejujurnya Hanya kau dan aku sehingga tidak bernyawa Hanya aku bertakhta dihatimu Tanpa pernah terbit rasa jemu Kasih Genggamlah hatiku seperti mana Kau menggenggam jiwamu Belailah tawaku Umpama kau belai dirimu Tak pernah tidak Tak pernah ragu Akan cintaku padamu Jangan berkata nista Walau pahit untukku terima Kebenarannya.... Kerana kau Cit...

Satu Nama

Tanpa sedar nama itu muncul dalam lena Menyebabkan pertengkaran hebat Namun tidak lama. Maaf kerana tidak pernah melupakan Terlalu payah Walaupun sekejap ia kekal di hati.

Untuk Ruhee Ayra - Rumble Tuff

Untuk me'bambam'kan Ruhee Ayra, kenalah selalu buat stock sampai Ruhee rasa puas dan kenyang. Jadi untuk membuat stok kenalah gunakan peralatan yang berkualiti tetapi boleh diperoleh dengan harga murah. Jadi, saya gunakan Rumble Tuff.  Walaupun bunyinya tak selembut Madela, tetapi okalah. Bukan annoying sangant pun. Janji dapat buat stok dan bersemangat untuk menyusukan Ruhee dengan susu mommy... "Mommy, baby cry nak susu mommy..." (bak kata Aniq)... Ohhh BAJET? Tak perlu beribu pun hanya kira-kira RM500 bisa dapatkannya ;p ~~~ Kelengkapan ini boleh didapati dekat online babyshop atau datang je beli kat butik baby ~~~

Setia Hujung Nyawa

Satu lagi yang terindah ketika cinta selalu mekar di jiwa. Kisah Zain dan Ersalina mula menggamit rasa. Mungkin rasa cinta dihati ini mudah dihanyutkan dengan kisah yang diadaptasi. Hahahaha... Kalau dah jiwang tu jiwang juga... I Miss You berat Setia Hujung Nyawa ringan tapi dua-dua sangat menarik, tertarik dan tarik-tarik.... Apatah lagi ditemani dengan iringan dan rantaian lagu berlirik sangat melankolik, romantik dan mudah difahami.

Sudah Masa

Sudah masa hari ini Rasa debar terhenti Nafsu selera membuak kembali Sebaik berita itu kuterima Selesai sudah kisah silam Bagai, Titik noktah tanpa sambungan Cukuplah sekali Merasai debaran kencang itu Tanpa rasa mahu Ke situ lagi... azlinazmi13/bh/40213 pic: google