Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

D I A

Macam nampak dia tapi mungkin bukan tapi rasanya dia. Ya Allah, kenapa susah sangat nak lepaskan kenangan itu, omelku sendiri. Sesuatu yang tak disangka selepas beberapa tahun. Hampir tiga tahun dan selama ini jugalah tidak pernah sekali pun lupakan dia malah selalu berharap dapat berdepan dengan dia. Tapi belum diizinkan. Untuk dia, semoga terus menggapai bahagia. Adakah dia yang aku nampak tadi?..... R I N D U

Akhirnya ...

Menanti episod terakhir Nora Elena. Apa membuatkan saya kemaruk? Selain garapan skirp adaptasi longgar yang baik, penulis bijak mengolah semula dialog dalam bentuk dan langgam yang indah malah tertera kepuitisannya. Antara yang sering bermain di kepala akal ini:- "Sepuluh tahun abang cari Nora. Nak tahu kenapa? Sebab abang sayangkan Nora. Abang cintakan Nora sangat-sangat dan abang tak nak pasal rahsia ini, abang kehilangan Nora buat selamanya." "Sepatutnya awak beli hati saya dengan kejujuran bukan kekayaan." "abang cubakan. This is I'm doing. Tapi abang silap. Silap sangat-sangat. Abang minta maaf Nora" "Setiap orang yang bersalah berhak diberi peluang kedua" "Kalau boleh saya nak jaga Nora sampai tua. sampai hujung nyawa saya"  "Saya tak cintakan dia, buat apa saya nak jelouse. But yes, saya marah sebab dia buat maksiat depan mata saya" "Rupanya Allah turunkan hujan untuk hadiahkan k...

Kisah adaptasi

Jelas memang jelas, sejak kembali bertaut dengan novel selepas hampir lima tahun hobi tu lenyap, dah macam orang gila dibuatnya. Mula membaca semula selepas tertonton drama Kau Laksana Bulan adaptasi daripada novel sama karya Aina Emir. Padahal dah episod 11 pun tapi entah kenapa jiwa tersangkut terus kat Firas Ali lakonan Zuk Huzaimy yang memang aktor kesukaan dan lakonan Ayu Raudhah yang menjadi watak Adrianna... Haaaa meroyan seminggu sampai setiap kali sampai pejabat, terpaksa lupakan lunch sebab nak tonton kat youtube dari episod pertama. Memang tak puas tapi nak juga dan nasib baik ada siaran ulangan setiap Jumaat di 180. Bahagia... Eh, masih tak syok jadi beli pula novelnya dan baca, empat hari habis. Macam mana boleh habis sebegitu cepat walaupun si baby boy tu merengek sana sini? Hahaha sanggup tak keluar mana-mana weekend sebab nak spend time habiskan novel. Masak pun tak selama 3 weekend. hahahaha Padahal sebenarnya drama tu ulangan kan sebab tayangan perdananya pada 2010 ...

My BFF wedding

Majlis perkahwinan Suraiya pada 21 Mei 2011... Suraiya sangat-sangat cantik.