70/40 itulah tekanan darah rendah saya sejak Jumaat lalu... Kesian suami dan anak terpaksa menjaga saya. Satu benda pun saya tak dapat buat sampaikan susukan Aniq pun tak larat. Kepala berpinar-pinar sampai ke hulu hati. Entah kenapa? Tak tahu. Mungkin sakit dah nak datang. Dugaan. Pasrah dan berusaha untuk kembali sihat. Alhamdulillah, Selasa kembali bekerja walaupun angin dalam perut berputing beliung kedengaran. Kepala masih sakit. Semalam check up, tekanan darah 108/90... Ok sikit... Kena makan ikut masa dan setiap tiga jam kena kunyah sesuatu. Pesan doktor. Katanya lagi, ibu susukan anak ni, sila lupakan harapan nak diet.. Hehehe.. Kantoi di situ. Padan muka diri sendiri... Sekarang, sedang belajar kunyah makanan sampingan seperti biskut, buah-buahan, kismis atau apa saja... ~~~ Mahu sihat seperti dulu~~~
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)