Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Sakit kepala

Minggu ni je dah tiga malam tak tidur nyenyak... bukan sebab diganggu Aniq. Dia ok je, bangu setiap 2-3 jam untuk susu. Entah kenapa tak boleh nak lelapkan mata dgn tenang! Rasa macam otak ni berat sangat. Sakit mencucuk-cucuk. Sakit ke? Tension ke? Entahlah... Rasa nak pergi tengah laut ke, atas gunung ke atau mana-mana yang boleh dijadikan tempat untuk menjerit... Haaaaaaaaaaa Rasanya kot dengan cara tu je boleh mensurutkan sakit kepala ni. Nak pergi klinik la nak amik ubat. Nak minta sekali ubat pelali mata dengan otak. Hehehehe... Takut sekarang ni senang je mati terkejut. Jangan terputus urat saraf tunjang sudah lerr... lalalalala ~~~membuat story sambil kepala berat mendadak...~~~

Majlis ilmu

Lama rasanya kot tidak menghadiri majlis berunsur ilmu agama ni. Masa yang senggang ni ditambah pula sistem komputer down hari ni, jadi dapatlah menghadirkan diri di majlis maulud Nabi di surau pejabat. Alhamdulillah serba sedikit dapatlah menyematkan ilmu dalam hati dan tahu apa yang tidak tahu selama ini. Paling best kisah valentine sememangnya semua dah tahu tetapi kaitanya dengan 1 April (selalu kita april fool kan orang). Aku memang tak tahu dan suka kenakan sesiapa yang boleh dikenakan pada tarikh itu. Kaitannya? ---> Runtuhnya empayar Islam di Sepanyol pada 14 Februari dan selepas itu tanggal 1 April, bagaimana umat Islam Sepanyol yang ingin selamatkan diri dengan lari ke laut untuk menaiki bahtera dibunuh tentera Sepanyol... Hampir 700,000 mati pada tarikh itu. ---> Tak bestnya, aku tak dapat ler nak mencekik makanan yang tersedia sebab perut sensetifku ini meragam entah apa-apa... (ngada kan ko wahai si perut) hehehehe itu aje... ~~~ Nak carilah buku tulisan Ha...

Sejenak mengenang dan mengenal Ya Rasulullah

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah. "Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat,...

Terungkailah kisah si KeTam

Bukan saja handal dengan bersilat menggunakan penyepit, si KeTam ini juga sangatlah garang andai kena pada tempatnya terutama jika penyepit bertukar warna merah. Memang sedap dimasak gulai cili api malah direneh seperti sup saja. Namun KeTam yang akan kurangkakan ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Apa yang aku tahu dari susur galur sejarah lampau keturunan Ahmad Khamis atau dikenali sebagai Pak Mat Ketam, di situlah bermulanya kisah si KeTam. Panggilan itu berterusan dan sentiasa disebut dan dibanggai anak-cucu-cicit generasi ke generasi. Tertubuhlah badan kebajikan anak-anak Mat ekoran semangat kekeluargaan yang menebal dalam dirinya malah sikap muafakat dan muhibah dijadikan senjata untuk membendung keluarga asas yang terdiri daripada seorang isteri dan sebelas anak. Percintaan Ahmad Khamis dan Safiah Md Shah disusuli kehadiran 11 cahaya mata, Abdul Latif, Othman, Zainab, Esah, Jamilah, Azmi, Suhaimi, Abdullah, Hawa, Aminah dan Esa lahirlah pelbagai lagi nama yang ...

Tribute+kenangan

Tidak pernah mengenali Arwah Sudirman Hj Arshad secara dekat tetapi cukup meminati personaliti dan lagu dendangannya. Sepanjang perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur dengarlah lagu-lagu Sudirman di corong radio, siaran Hot Fm... Aku menangis tatkala mendengar:- " Sebuah cinta dan harapan Menjadi mimpi berterbangan Tersekat nafasku kabur pandangan mataku Amat tersiksa diriku Kerana kehilanganmu" Bait lagu dipetik dari lirik Terasing ini mempunyai maksud dan memori tersendiri dalam hidupku. Kehilangan seorang sahabat dan individu yang pernah aku sayangi. Kini dia tiada lagi. Hanya tinggal memori indah dan sedih tatkala bersama dulu. Cuma selitan namanya yang tidak akan padam dalam diriku yang kulakarkan sendiri bagi mengingatinya... ~~~ Hanya aku dan dia saja tahu... is~~~

Hanya sebaris nama

Tiada apa-apa yang menarik untuk diperkatakan atau disingkap. Cuma aku adalah seorang yang lahirnya di Muar, suka berdiam sehingga dilabelkan sebagai sombong dan ia akan berterusan sekiranya kau tidak pernah mengenali diri ini seadanya. Aku kadangkala boleh berubah sesengal yang mungkin, sekejam yang boleh, semangkuk tingkat dan semangkuk hayun mengikut rasa hati... ;p  Jadi kenalilah aku sebagai aku kerana namaku hanya sebaris nama yang mempunyai unsur pengertian yang manis untuk dipersoalkan. Aku nampak lembut tapi sebenarnya kasar. Aku nampak sopan tapi boleh jadi aku juga garang dan aku nampak baik tapi sekejap-sekejap hadirlah kenakalannya. Di sini sekadar mengisi kebosanan kerana bila aku bosan aku akan laju menulis apa saja yang ada di hati dan perasaan  ~~permulaan pertama untuk pertama kali sebab aku pantang melihat keyboard~~