Kita akan jadi "complicated" apabila kita tidak mampu untuk berterus-terang. Itulah kenyataan yang perlu kita hadapi. Menjadi jujur bukan sukar tetapi ia tidak mudah. Apatah lagi sekiranya di dalam hati kita penuh dengan pelbagai rahsia dan rasa. Perasaan yang wujud dalam hati tidak pernah menipu. Cuma bagaimana untuk kita mengawal perasaan itu berpandukan akal yang waras. Itu penting. Tentang hati itu bisa membuat setiap orang jadi bingung. Selalu saja bolak-balik. Akhirnya, ia menjadikan diri sendiri 'complicated' atau rumit atau dengan kata lain sukar difahami orang sekeliling. Benar, aku juga sangat 'complicated"....
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)