Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

NIP

NIP itu menjadi lebih selesa sekiranya setiap ibu faham tujuan sebenar mereka menyusukan anak dengan susu ibu. NIP adalah perkara biasa dan mommy pun melaluinya terutama di tempat atau kawasan yang tidak menyediakan bilik menyusu atau nursing room. Susuilah anak itu tanpa mengira masa dan tempat. Jagalah adab ketika menyusui anak. Itu sahaja. Mommy sentiasa menyokong penyusuan susu ibu. Kalau boleh perkara cetek akal seperti yang hebat dan sedang ditelagahkan itu tidak perlu pun dilayankan sangat. Abaikan.... Mommy? Sejak anakacuk pertama sampailah ketiga ber BF, ok je 😉

Takkan pernah

Tak pernah mommy salahkan takdir bila mana mommy sendiri tahu bahawa mommy yang tak mampu menongkah ujian daripada takdir ini. Benar, Allah takkan menguji hamba Nya melebihi had atau kekuatan hamba Nya. Mommy sedang berusaha untuk menerima semua itu walaupun kiri dan kanan mommy rapuh dek kerana tiada penghadang untuk mommy teruskan. Lantas, pada Nya jugalah mommy memohon supaya diberi keizinan kali kedua untuk mommy mencipta kehidupan demi kelangsungan hidup dan diberi peluang untuk mommy dekat dengan anak-anak. Barangkali, ada amal yang tak sampai. Ada ibadat yang tak terbengkalai dan ada sifat yang cacat pada diri mommy. Ujian Nya hadir bagi mengingatkan. Supaya lebih dekat dengan Nya dan percaya bahawa rezeki itu daripada Nya bukan manusia. Cekallah hati Kuatlah jiwa Untuk berdepan dengan hidup Percayalah Akan dunia fana Yang dicipta sementara Untuk melihat keegoan Seorang bergelar hamba. Noktah.

Dan kini....

Hidup umpama bola Ditendang ke sana ke mari Hidup bagai pantai Sentiasa dihempas badai Dan kini Kau mengerti akan hidup Tak ubah seperti catur Andai kau pandai berkuda Kau tempuh bahagia Kejujuran tak pernah dinilai Hingga akhirnya kau sendiri mengalah Dengan permainan manusia dan sendiwara Dan kini Biar masa menentukan Tinggalkan bila kau telah lelah Kerna takkan ada kesudahan Dalam kisah ceriteramu itu.

Hari Kedua

Semakin hilang jiwa. Tak tahu sampai bila! Hanya berserah kerana kita perlukan duit KECUALI berani menanggung risiko. Jasad kaku di balik dinding sejuk. Hati sudah pun berada dengan anak. Ya, mereka tak faham lagi. Alahaiiii .... kenapa perlu ada hati seorang ibu? Ada tak cara untuk kuburkan rasa itu seperti orang lain? Meniti masa Sampai bila pun tak pasti Percayalah, ini bukan jiwaku Yang sebenarnya. Hanya kerana perlukan duit Tempuhlah Walau tiada ikhlas. Titik noktah

Hari pertama

Hari ini adalah hari pertama mommy di sini. Entahlah, tak rasa apa-apa. Seperti menyerah. Pasrah dengan keadaan. Ikhlas? Pun tidak barangkali. Cuma, mengharapkan simpati dari Allah. Mudahan ada jalan lain atau dilapangkan hati yang gundah. Ya Allah, sungguh besar ujian Mu kali ini. Sungguh aku tak mampu harungi. Cuma kini yang ada sisa kekuatan yang tidak tahu sampai bila mampu kugendong menjadi penguat semangat 😢

Runsing

Hari ini, dan esok lusa kemudian hari berikutnya, jalan hidup mommy sudah berbeza laluannya. Baru saja bermesej dengan pengasuh. Mula2 dia mahu bercuti 16 dan 17 Januari. Kemudian mahu naikkan bayaran bulanan Akif. Mommy faham, mana ada orang mahu jaga atau bekerja pada cuti umum, hari minggu waima selepas enam atau paling lewat lapan malam. Bila jadual mommy berubah 360 darjah, tidak mustahil permintaan seperi itu dibuat pengasuh. Tetapi, disebabkan hanya pengasuh yang ada ini saja yang paling dekat dengan rumah, mommy tiada jalan lain melainkan jujur padanya bahawa gaji mommy nampak saja gah cecah 3500 bagai. Malangnya, kos kehidupan 2016 tidak lagi sama seperti kos kehidupan tahun lepas dan lima enam tahun lepas. Lagilah mommy ni ulang-alik Seremban ke Kuala Lumpur hanya untuk dapatkan duit setiap bulan dan sebab betapa sayangnya mommy dengan dunia kerja mommy hari ini. Itu sahaja komitmen yang boleh mommy beri sebab selebihnya adalah untuk tiga anakacuk mommy keluarga. Suka...

Diari hati

Andai kau mahu dihormati, hormatilah dulu Andai kau mahu yang solehah, jadi soleh dulu Andai kau mahu disanjungi, sanjunglah dulu Yang aku mahukan bukan kepercayaan dan kesetiaan saja tetapi Rasa hormat Rasa mithali Rasa disanjungi Bukan diperlekehkan Bukan dipersendakan Bukan dijadikan alas amarah egomu Bukan juga tempat tempias nafsumu Keperitan demi keperitan kutempuhi Sakit di dada menahan luka Sampai hati Biarkan diri ini terseksa Sampai hati Berulang kali kau biarkan diri tangisi Sampai hati Kau biarkan diri memikul segala tanggungjawab Yang sebenarnya milikmu