Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Anak sakit dan pengalaman

PART II Jika ingin bercerita tentang pengalaman anak sakit, Aniq Raheel banyak memberikan mommy rasa itu. Rasa gusar, gundah dan mendebarkan. Daripada masalah matanya membawa kepada jangkitan Rotavirus. Kerana itu, paling takut apabila berdepan dengan Aniq. Berdepan dengan dia dalam keadaan tidak sihatnya. Dan kerana itu juga, apabila mendapat tahu virus cirit muntah yang dibawa oleg Akif sampai ke Aniq pada malam selepas Akif ditahan, mommy tidak dapat lelapkan mata walau sesaat. Lebih-lebih lagi apabila Aniq terpaksa ditahan di NSCMCH. Seriau rasa apabila daddy beritahu Aniq muntah lebih sepuluh/sebelas kali ditambah dengan cirit.... Selepas berjaya proses pemindahan Aniq ke CA, perkara pertama Dr Chin tanyakan adalah mengenai Ritavirus. Ya, mommy ceritakan bahawa Aniq memang ada sejarah hidapi Rotavirus ketika usinya mencecah hampir dua tahun. Lima hari dia di HTJ. Demam tak pernah surut dadi 38-39 darjah celcius hingga palet darah tidak di paras yang baik sehingga perlu...

Tiga serangkai muntah dan cirit

Beberapa hari yang mendidik diri erti kesabaran dan ketabahan. Bermula pada 20 September lalu selepas menerima panggilan telefon daripada pengasuh Akif Raheel memberitahu bahawa budak comel itu muntah berlarutan. Saat itu, hati mula cemas. Bagaimana hendak berkejaran pulang ke Seremban? Jam sudah pun merangkak lagi lima belas minit ke angka enam petang dan pastinya kesesakan sudah bermula. Tanpa rasa, terus saja mengundur diri dari pejabat. Pasti, kesesakan sudah pun di depan mata. Dalam hati sekadar berdoa, berharap Akif dapat bertahan, dan tika itu jugalah terimbau memori Aniq Raheel jatuh sakit pada usia lebih  kurang adiknya. Sampai saja Seremban, terus mengangkut anak-anak lain yang sedang menanti di rumah bersama daddy dan mengambil Akif di rumah pengasuh. Terus membawanya ke kecemasan, Columbia Asia. Seperti kebiasaan ubat tahan muntah dimasukkan menerusi bontot si comel. Wajahnya? Sudah tidak bermaya. Pulang ke rumah. Namun, sepanjang malam itu Aki terus membelaha...

Akif Raheel

Akif - I'tiqad Raheel - Penunjuk arah/kacak Semoga tahun pertama mu di dunia ini terus diberkati. Maaf sayang, mommy dan daddy belum sempat meraikan ulangtahun kelahiranmu yang pertama. InshaaAllah andai ada rezeki kita buat majlis sama seperti abang dan kakak. Akif, mommy sayang Akif sampai bila-bila. Akif budak baik sebab Akif tak banyak karenah walaupun melahirkanmu memberi 1001 pengalaman paling bermakna. Tetapi mommy enjoy sebab Dr Intan banyak membantu. Lahir pada Jumaat saat khutbah terakhir selesai adalah satu perkara paling bererti buat diri mommy. Moga Akif selalu jadi anak yang soleh dan dekat diri dengan Allah. Kebergantungan hidup adalah dengan Nya. iklhas, mommy

Buah oren

Si oren masih setia di situ menjadi saksi alam. Barangkali andai si oren boleh bercakap, 1001 kisah akan diceritakan. Walaupun dirinya busuk, tidak sebusuk manusia yang gemar memfitnah. Walaupun dirinya kotor, tidak sekotor manusia yang suka menyumpah. Walaupun dirinya jelek, tidak sekeji manusia yang tiada ikhlas. Sudah tentu, apa yang dikisahkan ada penyebabnya. Usah menjadi insan yang menuduh tanpa bukti, menunding tanpa gali. Usah juga menjadi insan yang sekadar meneguk dikeruhnya air tanpa mendengar dari sini, hanya bersaksikan yang sana. Biarkan kebenaran tak terbukti Biarkan keihklasam tak diingati Biarkan dendamnya melahar Biarkan sampai sendiri bosan Dengan aura negatif binaannya. Konkritkanlah rasa itu Andainya ia mendamaikan Tak usah dianjingkan Tak perlu dikecohkan Kerana Kita bukan budak-budak Yang belum mampu berlandaskan akal waras Belum mampu mengawal rasa amarah. Biarkan ia berlalu seperti ribut sebelum hujan lebat Dan biarkan d...

Maaf

Andai ada peluang terakhir Untuk aku berkata Ingin aku ungkapkan Patah kata keramat, Maaf, maaf dan maaf. Maaf kerana mengguris hati Maaf kerana menyakiti perasaan Maaf kerana mencalar impian Maaf kerana pernah meninggalkan. Andai ketika itu pernah aku menzahirkan Satu rasa yang kental Andai ketika itu pernah aku melakarkan Satu memori yang indah Tentang cinta yang membuaikan, Maafkan aku. Kiranya masih ada calar-balar dalam hatimu Maafkan aku Jika wujud rasa benci untukku Maafkan aku... Satu saja ku nukilankan Bahawa apa yang telah terjadi Ada penyebab dan Biarkan aku simpan Buat pedoman... Maafkan aku Maafkan aku Maafkan aku.

dan...

dan... akhirnya, entah sampai bila akan kutemu titik sambungannya. Masih di sini menanti satu khabar yang kuinginkan, kepinginkan. Barangkali ia mustahil dengan keadaan semasa yang gawat kini. Cuma, aku masih berharap supaya ada lorong di depan yang menanti... dan... benarlah, penantian satu penyiksaan dan penantian juga sesuatu yang amat menghantui diri. ...........

Nama itu

Nama itu sudah sebati Nama itu pujaan hati Takkan padam sampai mati Biarkan nama itu menjadi memori Walau pernah menyakiti Biarkan nama itu terus bahagia Walau acapkali disakiti Biarkan Biarkan

Decendants of the sun

Joong Ki menghantui diri... Watak yang dilakonkan pelakon Innocent Man dan Sunyukawan Scandal dalam DOTS kian menghantui diri. Semalam episod akhir dan masih belum sempat untuk menonton. Demam tak kebah-kebah.

cerita lama

Akif Raheel yang sunyi tanpa berita.... Ceritanya tak hebat seperti abang Aniq  Tapi dia tetap menjadi pujaan hati mommy Dan kini.... Akif pada umur sebelas bulan 

setelah itu...

Bila bosan dengan keadaan keliling yang tidak pernah menjadi kegemaran dan kerelaan, SgGroup adalah pentas untuk meluahkan rasa dan mencari bahagia. Bercakap dengan mereka mahu pun bersama dengan mereka sentiasa dicemburui oleh masa. Tiap kali bertemu pasti ada saja yang dibualkan dan dikongsi. Paling mengujakan adalah percutian ke Korea. Ya, Allah, belum apa-apa rasa macam dah dekat sana dengan mereka. Lagi-lagi bila Kak Ben teruja bercerita tentang kampungnya itu. Celoteh dia bagai dia memang asal dari Korea. Dinasti Goryeo laaa tu hahaha Oktober menanti dan moga ia adalah pasti. Satu kepastian yang dinanti. Daripada mesyuarat warna baju sampailah tentatif ke sana. Bukan main kome, kata orang Perak. Tour guide pun dah dilantik, Kak Ben dan Kak Qid. Saya ni dengan Kak Azma pertama kali ni nak jejak Korea. Kak angah pun tak sabar juga lepas masuk SgGroup.  Saya? Paling teruja walaupun entah-entah saya yang melalak atas kalap terbang tu sebab takut hehe... Pergi tandas kat pe...

NIP

NIP itu menjadi lebih selesa sekiranya setiap ibu faham tujuan sebenar mereka menyusukan anak dengan susu ibu. NIP adalah perkara biasa dan mommy pun melaluinya terutama di tempat atau kawasan yang tidak menyediakan bilik menyusu atau nursing room. Susuilah anak itu tanpa mengira masa dan tempat. Jagalah adab ketika menyusui anak. Itu sahaja. Mommy sentiasa menyokong penyusuan susu ibu. Kalau boleh perkara cetek akal seperti yang hebat dan sedang ditelagahkan itu tidak perlu pun dilayankan sangat. Abaikan.... Mommy? Sejak anakacuk pertama sampailah ketiga ber BF, ok je 😉

Takkan pernah

Tak pernah mommy salahkan takdir bila mana mommy sendiri tahu bahawa mommy yang tak mampu menongkah ujian daripada takdir ini. Benar, Allah takkan menguji hamba Nya melebihi had atau kekuatan hamba Nya. Mommy sedang berusaha untuk menerima semua itu walaupun kiri dan kanan mommy rapuh dek kerana tiada penghadang untuk mommy teruskan. Lantas, pada Nya jugalah mommy memohon supaya diberi keizinan kali kedua untuk mommy mencipta kehidupan demi kelangsungan hidup dan diberi peluang untuk mommy dekat dengan anak-anak. Barangkali, ada amal yang tak sampai. Ada ibadat yang tak terbengkalai dan ada sifat yang cacat pada diri mommy. Ujian Nya hadir bagi mengingatkan. Supaya lebih dekat dengan Nya dan percaya bahawa rezeki itu daripada Nya bukan manusia. Cekallah hati Kuatlah jiwa Untuk berdepan dengan hidup Percayalah Akan dunia fana Yang dicipta sementara Untuk melihat keegoan Seorang bergelar hamba. Noktah.

Dan kini....

Hidup umpama bola Ditendang ke sana ke mari Hidup bagai pantai Sentiasa dihempas badai Dan kini Kau mengerti akan hidup Tak ubah seperti catur Andai kau pandai berkuda Kau tempuh bahagia Kejujuran tak pernah dinilai Hingga akhirnya kau sendiri mengalah Dengan permainan manusia dan sendiwara Dan kini Biar masa menentukan Tinggalkan bila kau telah lelah Kerna takkan ada kesudahan Dalam kisah ceriteramu itu.

Hari Kedua

Semakin hilang jiwa. Tak tahu sampai bila! Hanya berserah kerana kita perlukan duit KECUALI berani menanggung risiko. Jasad kaku di balik dinding sejuk. Hati sudah pun berada dengan anak. Ya, mereka tak faham lagi. Alahaiiii .... kenapa perlu ada hati seorang ibu? Ada tak cara untuk kuburkan rasa itu seperti orang lain? Meniti masa Sampai bila pun tak pasti Percayalah, ini bukan jiwaku Yang sebenarnya. Hanya kerana perlukan duit Tempuhlah Walau tiada ikhlas. Titik noktah

Hari pertama

Hari ini adalah hari pertama mommy di sini. Entahlah, tak rasa apa-apa. Seperti menyerah. Pasrah dengan keadaan. Ikhlas? Pun tidak barangkali. Cuma, mengharapkan simpati dari Allah. Mudahan ada jalan lain atau dilapangkan hati yang gundah. Ya Allah, sungguh besar ujian Mu kali ini. Sungguh aku tak mampu harungi. Cuma kini yang ada sisa kekuatan yang tidak tahu sampai bila mampu kugendong menjadi penguat semangat 😢

Runsing

Hari ini, dan esok lusa kemudian hari berikutnya, jalan hidup mommy sudah berbeza laluannya. Baru saja bermesej dengan pengasuh. Mula2 dia mahu bercuti 16 dan 17 Januari. Kemudian mahu naikkan bayaran bulanan Akif. Mommy faham, mana ada orang mahu jaga atau bekerja pada cuti umum, hari minggu waima selepas enam atau paling lewat lapan malam. Bila jadual mommy berubah 360 darjah, tidak mustahil permintaan seperi itu dibuat pengasuh. Tetapi, disebabkan hanya pengasuh yang ada ini saja yang paling dekat dengan rumah, mommy tiada jalan lain melainkan jujur padanya bahawa gaji mommy nampak saja gah cecah 3500 bagai. Malangnya, kos kehidupan 2016 tidak lagi sama seperti kos kehidupan tahun lepas dan lima enam tahun lepas. Lagilah mommy ni ulang-alik Seremban ke Kuala Lumpur hanya untuk dapatkan duit setiap bulan dan sebab betapa sayangnya mommy dengan dunia kerja mommy hari ini. Itu sahaja komitmen yang boleh mommy beri sebab selebihnya adalah untuk tiga anakacuk mommy keluarga. Suka...

Diari hati

Andai kau mahu dihormati, hormatilah dulu Andai kau mahu yang solehah, jadi soleh dulu Andai kau mahu disanjungi, sanjunglah dulu Yang aku mahukan bukan kepercayaan dan kesetiaan saja tetapi Rasa hormat Rasa mithali Rasa disanjungi Bukan diperlekehkan Bukan dipersendakan Bukan dijadikan alas amarah egomu Bukan juga tempat tempias nafsumu Keperitan demi keperitan kutempuhi Sakit di dada menahan luka Sampai hati Biarkan diri ini terseksa Sampai hati Berulang kali kau biarkan diri tangisi Sampai hati Kau biarkan diri memikul segala tanggungjawab Yang sebenarnya milikmu