Ku cinta Kau Seorang, Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Ammara Batrisya, tiga drama yang berjaya membuatkan diri melekap di depan kaca televisyen selepas drama Playboy Itu Suamiku gagal berbuat demikian terhadap diri ini hehehe... Alaaaa kata novel best, tapi mungkin i tak ada feel dengan pelakon utama tu kot. Hero budak beno! Melayan karenah tiga drama ini mampu membuatkan diri mabuk kepayang sebab waktu tayangan berdekat-dekatan antara satu sama lain. Cuma nasib baik, tayangannya ada yang tiga hari, sehari dan dua hari. Makanya masih sempat balik rumah dari pejabat, ambil anak, masak makan malam, solat dan melekap ;P Setiap drama punyai tarikan cerita masing-masing. Ada kisah-kisah yang dibaitkan membuatkan jalan cerita yang digarap berjaya menyentuh hati dan membuai kalbu. Paling best nenek comel yang nyanyuk lakonan Ruminah Sidek hehehe... Jom kita kenak-kenal tiga drama pilihan Anakacuk kali ini :- Ku Cinta Kau Seorang :- Drama ini mengisahkan tentang Batrisy...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)