Tahun keempat berpuasa sebagai seorang isteri dan bermakna sudah empat tahun Daddy kembali mentaati gama fitrah (Islam). Sayangnya permulaan Ramadan tahun ini, Daddy dimasukkan ke hospital pada malam Ramadan (Jumaat) kerana serangan gastrik dan demam yang teruk. Dua hari di wad dan dua hari jugalah dia sedih sebab tidak dapat berpuasa terutama untuk meraikan 1 Ramadan 1433 yang jatuh pada tarikh ulangtahun ke 46, 21 Julai 2012. Mommy pula, selama dua hari bersahur dan berbuka keseorangan di rumah. Masak pun ala kadar saja malah lauk untuk sahur dua hari sama saja. Setakat nak isi perut seorang ni, malas nak fikir masak memasak sangat. Alhamdulillah semua berjalan lancar, Daddy pun dah balik Ahad petang dan Isnin bermulalah perjalanan puasanya untuk tahun ini. Kesian dia baru tinggal dua hari dah risau pasal ganti puasa hehehe... Pengalaman tu Daddy :) sakit tak apa, jangan buat-buat sakit kan. Menu yang mudah untuk Mommy pada hari pertama bersahur hanya sambal tumis cair dan telur ...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)