Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

secebis yang terindah

Gambar di atas membawa berjuta kenangan dalam hidup saya. Di sinilah saya memulakan langkah mengahabiskan hampir lima tahun usia remaja saya sebaik saja tamat SPM. Di usia sementah itu, saya meneruskan perjalanan pertama untuk rapat lebih dekat dengan dunia dan erti sebuah kehidupan. Jauh dar mak, ayah dan adik beradik malah jauh dengan sahabat sepermainan dan teman seperjuangan ketika dibangku sekolah. Sukar untuk menggambarkan perasaan ketika itu. Yang pasti ada rasa sedih, rindu, takut, teruja, malu, tersisih dan paling penting saya mahu habiskan dengan segulung ijazah walaupun saya tahu saya pengecut, penakut, pemalu dan semua sifat negatif memang ada dalam diri waktu itu. Jujur saya katakan, pertama kali melangkah ke alam universiti, memang teruja apatah lagi bila membayangkan dewan kuliah yang besar dan cantik dan bertingkat-tingkat seperti dipertontontan dalam filem dan drama. Siapa yang tidak teruja! Hancurnya hati tatkala pertama kali menapak di Fakulti Seni Persembahan ya...