Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Only In Muar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID mazlina.majid@kosmo.com.my TIDAK perlu ambil masa yang terlalu lama untuk mencintai atmosfera bandar Muar. Ekspresi penduduknya yang berbilang kaum dan keturunan melayan tetamu luar yang datang bertandang sungguh memukau. Dengan rasa senang hati, individu yang anda hampiri akan memberi panduan destinasi yang wajib dikunjungi oleh seorang pengembara. Melewati Jambatan Sultan Ismail menuju ke bandar Muar bersama jurufoto, Amin Farij Hasan, kami seolah-olah kembali ke zaman kolonial. Semua itu dapat dilihat daripada bangunan-bangunan klasik yang mendominasi bandar Muar. Untuk mengisahkan tentang kehebatan Muar atau nama kunonya, Bentayan adalah sangat panjang. Namun, sesuatu yang sangat sinonim dengan daerah yang pernah menjadi sebahagian daripada empayar Majapahit itu ialah cerita tentang variasi makanannya. Cerita daripada mulut ke mulut yang mengatakan hidangan sarapan pagi orang Muar berbeza daripada tempat lain bukan satu dongengan. Sebagai contoh, s...

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman. Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:" 1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang ...